Exam Results for Trimester 1, Academic Year 2009/2010
Live Blogging October 30th, 2009
Saya bangun je pagi tadi dapat email dapat semak result Exam..Pertama kali exam di alam universiti dan resultnya?
sepanjang saya di univerisiti, saya tak henti menjalankan
Internet marketing, walaupun tak sepenuhnya tapi masih
buat..hampir 60% masa saya, saya habiskan untuk IM
terutamanya promote CPA
Pagi ini ada berita gembira dan berita sedih..
berita gembira bila tengok screenshot akaun bank..
berita sedih bila tengok result exam saya..semua sebab IM
Lihat Screenshot akaun saya yang buat saya senyum 


Dan result saya yang buat saya sangat sedih, sedih ke?hehe

Exam Berakhir Dan Kerja Bermula…
Internet Marketing, My Life October 18th, 2009
Hari ini aku dah sampai rumah setelah penat naik train dari pukul 9 malam hingga 10 pagi, fuh 13 jam!
Exam pun dah habis, Alhamdulilah aku dah jawab dengan baik walaupun untuk subjek college algebra tu susah sikit. Harap je study sampai 4 pagi untuk algebra tapi masih belum dapat dengan lancar.
Exam habis tak bermakna kegembiraan aku bermula, result belum keluar..hehe
Bermula cuti ni, aku nak fokus kepada internet marketing sepenuhnya. Internet marketing adalah nyawaku..hehe
Aku nak target rm4k dalam 2 minggu ini dengan pelancaran ebook aku, InsyaAllah kalau Allah murahkan rezeki aku, capai target aku..
alo teest
Live Blogging October 11th, 2009
“subhanallahh”. . waktu-waktu gempa di indonesia
Ceramah Agama October 8th, 2009
Saya peroleh sepucuk emel dari orang jauh. Sesudah baca emel tersebut,saya buka Al-Qur’an terjemahan kegemaran saya..
Subhnallah. Ini bukan kebetulan bukan? Emel tersebut berbunyi begini
“subhanallahh”. . waktu-waktu gempa di indonesia :
Di Tasik 15:04 ,
(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)
“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya”
Di Padang(gempa pertama) 17:16 ,
(Surah Al-Israa’,surah ke 17,ayat ke 16)
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali(negeri itu)”
Di Padang(gempa kedua) 17:58 ,
(Surah Al-Israa’,surah ke 17,ayat 58)
“Dan tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz”
Gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52…
(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi keras siksaNya”
Why I Am So Lazy…
Student Life October 8th, 2009
Exam is coming but i am damn so lazy!
Lazy to open mathematic book even the book just beside my laptop
Exam this weekend but me? still playing around..
Computer literacy, Physicology, English, Mathematics, Islamic Studies.. even one i not study yet!
Why i lazy?
Coz i got laptop in my study table to play game
Coz i got cool game in my laptop
Coz i am lazy person
Coz i think still a lot of time before exam
Coz i think i can answer all the exam question
Coz i love sleep
Coz i got a lot of things to do like playing game, eat and other..
Only this i can write for now, i want to study but my hand so heavy to open the books and start study but when i start study there are always other bad thing come to disturb me. Damn! University is tough life….
Buang Virus Di Laptop/PC Anda [Untuk Isya]
Tutorials October 6th, 2009
Laptop atau PC korang dijangkiti virus walaupun korang ada AVG antivirus atau antivirus lain?
Tu sebab antivirus korang tak leh detect virus tersebut.Antivirus korang cuma boleh detect virus-virus biasa je. Kebanyakan virus yang tak boleh didetect oleh antivirus biasa ialah virus dari internet iaitu dari jenis malware/adware. Virus ini kebiasaanya menganggu sistem komputer dan merosakkan komputer sekiranya mengganggu file utama komputer korang.
Cara Penyelesaianya ialah dengan menggunakan antivirus yang memang dibina untuk membuang virus malware/adware ni. Ikuti langkah di bawah
1. Download Antivirus Ad-aware di sini
2. Kat page tu klik “download now” lepas tu tunggu sehingga download bermula dan mula mendownload file hingga habis
3. Lepas tu buka file tersebut, klik 2 kali
4. Lepas tu keluar satu kotak nama installation wizard
5. Lepas tu tekan ok, lepas tu next
6. Lepas tu tick dekat i accept the term of the license agrement dan tekan next
7. Lepas tu tekan Install dan tunggu dia siap
8. Lepas tu dekat bahagian atas tu UNTICK restart now and ad-adware sebab tak nak laptop korang restart dan tekan finish
9. Lepas tu keluar update manager, tunggu sampai siap
10.Lepas tu keluar manager license, just klik close sebab nak pakai free version
11. Lepas tu tekan scan system dan pilih full scan dan klik start scan
12. Tunggu hingga scan siap dalam 15 minit cam tu bergantung pada pc atau laptop
13.Lepas siap, klik perform action dan tutup ad-adware dan YAHoo!!! Laptop atau pc korang dah tak de virus
Harap isya dapat ikut apa yang zul cakapkan kat atas, kalau xleh, mesej tau..
Roomate Aku Di UNITEN
My Weekend Life, Student Life October 5th, 2009
Aku belum cerita lagi pasal kehidupan aku di UNITEN, hari ini aku nak cerita sikit walaupun aku dah menetap serumah, sebilik dan sekatil dengan dorang dah lama dah. Aku stay dekat apartment di kelompok Amanah, kat bawah ni gambar apartment di Kelompok Amanah

Ni gambar apartment Amanah, kecil dan pendek, hehe..

Ni pula dapur dan sink, yang nampak pintu bilik tu bilik Malik dan Putera Nasri

Ini pula ruang tamu yang sentiasa bersepah, tak guna pun ruang tamu sebab semua dalam bilik je
SIAPA PULA PENGHUNI SARANG TIKUS RUMAH INI?
Penghuni rumah A4-00-07 ini ialah Malik, Adam, Nasri Dan Khairilz(aku). Nak tengok muka2 hantu dorang ni? Okey!

Ini Namanya ABG MALIK AKA Eaturmusicx

Ini nama dia nasri atau budak gila bola,

Sebelah Kanan tu Adam Dan Malik
Sekian sahaja post untuk kali ini, aku penat nak tido..malam nanti nak bangun study pulak. Minggu depan hari isnin aku final exam, damn!
Hari Ini Hari Study
My Weekend Life, Student Life October 2nd, 2009
Hari ini hari study,
Malam ni aku study college algebra dan trigonometry je dari pukul 8 malam sampai 12 malam. Fuh rajin aku study ye..
Study 2 jam je, selebihnya berbual kosong dengan Malik, Gary dan Ghobi.. 3 kanak-kanak rebina ni budak computer science, berbeza dengan aku yang amik information system. Mereka bertiga study calculus, aku pula math.
Ni beberapa gambar yang aku ambil ketika study.

Ni Gary yang sentiasa senyum dan ketawa tak kira masa

Gobhi dan Gary yang sentiasa gelak macam hantu

Ni Pulak ABG MALIK!!! haha..24 jam dengan awek dia
Teringat Pertama Kali Berjumpe Dia..
My Girl, My Life October 2nd, 2009
Masa aku mengodek laptop aku ni, terjumpa la beberapa keping gambar first date aku dengan dia. Tak tahu nak buat apa jadi aku post kat sini. Mesti korang tertanya-tanya macam mana aku boleh jumpa dengan dia.
Al-kisahnya begini..
Aku kenal dengan dia di sebuah forum di internet. Jadi aku minta ID Yahoo Messenger dia untuk berkenalan, dia pun dengan muka tak malu bagi. Hehe.. Lepas tu tiap-tiap hari chat memandangkan minat aku dan minat dia sama iaitu menjalankan perniagaan internet secara online, jadi lebih senang aku untuk mengayat dia.
Setelah hampir sebulan berchatting dan berwebcam, pertemuan diatur pertama kali. Aku jemput dia di KB Mall dan bawa dia ke Hayaki Kopitiam sebab ada wi-fi. Tujuan perjumpaan tu sebab aku nak repair laptop dia di samping nak ajar dia perniagaan internet secara live a.k.a personal coaching. Tapi tak jadi personal coaching pun tapi jadi personal dating, haha. Aku jumpa dari 2 tengahari sampailah 5.30 petang macam tu
Selepas tu, hubungan makin rapat dan mesra sampailah sekarang. Kat bawah ini ada beberapa gambar aku dan dia semasa pertama kali berjumpa. Lawa jugak dia masa first time aku jumpa dia. Berdebar jantung aku tu tak payah cakapla.




Begitulah al-kisah perkenalan aku dengan dia. Kalau nak kenal dengan lebih lanjut tentang dia lawat farahwahida.com
Diharap hubungan aku dengan dia berkekalan la
Raya Ketiga – Sehari Beraya Dengan Dia..
My Girl, My Life October 1st, 2009
Raya ketiga kalau tak silap aku, aku ke rumah dia dengan motor.. Fuh sakit belakang bawak motor sejam tak henti dari Kota Bharu ke Tanah Merah.
Aku bertolak dalam pukul 1 macam tu dan sampai pukul 2 tengahari, makan kejap di rumah dia dan berlaku sedikit krisis, hehe.. Lepas tu aku ke stesyen minyak milik abangnya untuk mendapatkan minuman free. Memang pergi sebab nak minum free tapi dia tak offer pun, haha.. Akhirnya dengan helah dapat jugaklah air livita dan sekotak air milo.
Aku pun terus bertolak balik dengan lajunya dan sampai dalam 40 minit sahaja. Sampai sahaja di rumah dia call aku cakap nak datang rumah aku pulak. Issh, macam-macam budak ni, kita dah pergi rumah dia, dia nak datang rumah kita pula. Aku cakap datanglah jumpa bakal mertua
Dalam pukul 5 petang rasanya dia sampai, masa tu hujan. Dia lepas keluar kereta boleh duduk tengah hujan. Dalam hati aku ni tengah marah sebab dia main hujan nanti demam (sayang juga aku dekat dia). Aku pun tarik tangan dia ke tempat teduh. Dia main hujan semata-mata nak panggil kawan dia yang dalam kereta. Kawan dia tak pe la duduk dalam kereta tak kena hujan.
Masuk je rumah aku, aku hidang la kuih raya dengan tape skit. Tape tu sejenis makanan yang diperbuat daripada pulut yang diperam selama satu malam dalam daun pisang. Aku pun sebenarnya tak tahu nak hidang apa sebab raya ketiga kuih raya rumah aku semua dah licin dihabiskan oleh saudara-saudara aku yang datang satu lori.
Lepas tu umi aku buatkan air dan aku cepat-cepat dapatkan kamera sebab nak amik gambar dia yang sedang tuang air (nak tengok sopan ke tak). Selain tu niat dia datang rumah aku sebab nak copy software photoshop cs2, katanya nak buat cover jualan. Aku pun bawa dia ke bilik belakang. Jeng..Jeng..Jeng..Siaplah copy photoshop tersebut.
Masa nak balik, dia salam dengan umi aku, haha.. niat nak amik hati mak mertua kot. Pastu depan mak ayah aku dia salam tangan aku. Fuh, berani betul cik adik sayang ni. Mak ayah aku sporting je lagipun dorang tahu yang aku sayangkan dia ni. Ni ada sedikit gambar sepanjang hari tersebut

Gambar aku dan dia, romantik tak?

Gambar kawan-kawan dia. Kanan sekali Nora(cun dan pendiam), sebelah dia aku tak tahu tapi yang aku tahu laki dan perempuan sebelah dia tu sepasang hehe..

Gambar dia tengah tuang air, sopan tak bakal isteri aku ni? hehe..

Gambar dia yang sedang senyum dan control ayu sampai menuang air bandung