Brogal Hill – Terbaik Untuk Hiking!

Disebabkan tension yang amat sangat sebelum final, aku dan member2 aku pergi ke broga hill yang terletak di semenyih untuk menghilangkan tension.

Bertolak lebih kurang 6 pagi (sejuk teramat sangat dengan tak tido lansung malam tu) , pergi dengan 2 buah kete. kete fareez (dol) dengan kete aku. Mulanya 9 orang nak pergi semuanya tapi biasalah semua xbangun pagi jadi yang tinggal 2 orang.

Perjalanan dalam setengah jam je dan dalam perjalanan jumpe university of nottingham. Fuh, nama macam university kat overseas tapi terletak dalam hutan dekat semenyih! hehe.. 😛

Start memanjat bukit broga hill pukul 6.30pg. masa tu gelap lagi tapi lupe bawa lampu suluh. haha.. main redah je la.Agak penat la, beberapa kali aku berhenti dalam perjalanan nak ke puncak. Jarak dari bawah sampai ke puncak lebih kurang 1.7Km. Yeah! kami sampai ke puncak.

Tapi sayangnya 🙁

Baru sampai 10 minit di puncak, hujan turun dengan lebat. semua basah la, dengan handphone dalam poket. Aku memecut turun ke bawah dan leading sampai ke bawah. hehe..

Ni ada beberapa gambar dekat puncak yang aku amik

Puncak Broga Hills

Puncak Broga Hill

Amirul zahim dan fareez yang kepenatan

Aku dengan Amin

Kepenatan, berehat sebentar di puncak sebelum turun

Memang best la broga hill ni tapi sebelum pergi, tengok cuaca dulu sama ada okey atau tak. kalau tak jadi macam kitorang, terperangkap dalam hujan!

p/s: abis kete aku berbau hapak dan kotor dengan tanah lumpur. yang bestnya tak pakai baju masa perjalanan balik dan singgah di upten dengan pakai baju basah.

Post ini telah dibaca sebanyak 3491

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*