BMW Vision Efficient Dynamics

BMW adalah antara pengeluar kereta terbaik dan aku salah satu daripada peminat kereta BMW, kereta BMW ini lebih kepada bercirikan mewah+sporty! terbaik untuk seseorang yang ingin tampil cool depan awek-awek. hehe 😛

Concept car bermaksud kereta yang direka oleh BMW tetapi di peringkat prototype maksudnya dalam perancangan sahaja dan masih belum tentu dikeluarkan dan concept car yang terbaru dari BMW ni memang tip top! terkezut aku tengok design dia. Kalau keluar kereta ni, memang dunia automobil akan terkejut. Design dia lebih hebat dari ferrari atau lamborghini.

Jom tengok BMW yang terbaru ni iaitu BMW Vision Efficient Dynamics!

Pandangan Belakang
Pandangan Sisi Depan
Pandangan Depan
Aerodynamic Kereta

Aerodynamic bermaksud bagaimana angin akan melalui bahagian depan kereta ini agar tidak menganggu kelajuan kereta ini, makin kurang rintangan angin, makin lancar kereta bergerak

Jom tengok versi kaler oren pulak..

Kereta ini menggunakan teknologi hybrid. Maknanya ia menggunakan elektrik dan minyak untuk bergerak. Apabila minyak digunakan, tenaga kinetik dari tayar akan digunakan untuk mengecharge bateri. Tetapi apabila ia berada di kelajuan tinggi atau ingin memecut atau ingin memotong, bateri dan minyak akan digunakan untuk memberi lebih banyak kuasa kepada engin.

Apabila ia menggunakan bateri, hanya 2 tayar belakang akan digunakan untuk bergerak untuk menjimatkan tenaga tetapi apabila ia menggunakan minyak, ia akan menggunakan keempat tayar agar dapat mengecharge bateri dengan lebih cepat. Wow! Teknologi BMW memang super!

Bateri juga akan dicharge apabila membrek dan turun bukit. Hebat kan teknologi kereta ni. Tahun 2011, kereta hybrid dari BMW akan keluar tapi ia akan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya, bermakna anda perlu charge kereta anda dengan plug elektrik di rumah anda pada waktu malam untuk bergerak pada keesokanya. Kalau kereta kat atas ni, tak tahu la bila nak keluar.

Post ini telah dibaca sebanyak 2372

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*