Add On Mozilla Firefox Untuk Check Page Rank (PR)

Page Rank adalah sesuatu yang amat penting dan perlu dititik beratkan oleh blogger-blogger di seantaro dunia. Page Rank menunjukkan ranking blog anda di google. Semakin tinggi ranking blog, semakin tinggi posisi blog anda di enjin carian google.

Page Rank juga penting dalam mendapatkan backlink. Sekiranya blog anda mendapat backlink daripada blog yang mempunyai Page Rank tinggi, blog anda juga akan turut mendapat faedah daripada backlink tersebut. Jadi, sekiranya anda tahu blog yang mempunyai page rank yang tinggi, segeralah tinggal komen di blog tersebut.

Tapi……. Macam mana nak tahu blog yang anda sedang lawat tu ada page rank yang tinggi?

Kalau anda pakai firefox, and anda boleh pakai add on yang saya pakai sekarang iaitu Live PageRank. Dengan add on ni , anda boleh check page rank mana-mana blog yang anda sedang lawat dengan mudahnya. Screenshot di bawah

Bukan itu sahaja, kedudukan page rank ni boleh digerakkan dan diletakkan di mana-mana posisi yang anda nak. Contoh kat bawah ialah posisi yang aku letak di firefox aku.

Aku letak atas sekali sebelah kotak URL jadi mana-mana blog yang aku jumpa tu ada PR yang tinggi, secara tak sengajanya aku akan tinggalkan komen hehe.

Setakat ini sahaja, enjoy…!

Post ini telah dibaca sebanyak 2690

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*