Bahagian 1 – Siapa Imam Mahdi?

Sifat-sifat peribadi beliau ada dinyatakan sama ada oleh hadis-hadis, mahupun oleh para tabiin dan juga para ulama yang kemudian daripadanya. Keterangan yang berterabur di sana-sini itu bolehlah disusun semula sehingga menjadi satu keterangan yang jelas. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa beliau lebih banyak sifat bangsa Timurnya (Ajam) daripada bangsa Arabnya. Ini disebabkan tempat lahirnya adalah di negeri sebelah Timur, keturunannya memang telah bercampur dengan bangsa Timur, adat istiadatnya sedikit sebanyak bercampur dengan adat istiadat bangsa Timur dan bahasa yang digunakannya juga adalah bahasa bangsa Timur itu. Pendek kata, Timurlah yang lebih menonjol pada diri beliau, sama ada sebelum munculnya atau pada ketika munculnya kelak.

Timur yang dimaksudkan di sini adalah Malaysia dan Indonesia. Tidak ada kawasan lain di
dunia ini yang lebih layak dipanggil Timur selain daripada Asia Tenggara inilah. Sebabnya, jika
Khurasan kita katakan Timur, Nabi SAW sudah pun menyatakan dengan jelas dalam beberapa buah hadis nama Khurasan, dan tidak ada pula sebarang hadis yang menyatakan Khurasan itu sebagai Timur. India, Afghanistan dan Pakistan juga tidak boleh dikatakan Timur kerana kerana dalam hadis-hadis yang berkenaan juga disebutkan bahawa raja India akan diperangi dan dikalahkan oleh Pemuda Bani Tamim semasa DALAM PERJALANAN mereka mencari Imam Mahdi. Jadi, mustahillah benua kecil India dapat dikatakan Timur, sebab India akan diperangi dalam perjalanan beliau menuju ke Makkah.

Iran dan Iraq juga lebih-lebih lagi tidak layak dipanggil Timur kerana negara berkenaan
disebut dengan jelas dalam beberapa buah hadis, dengan nama Kufah dan Ma Wara an-Nahar, juga kadang-kadang disebut Parsi. Jadi, mana dia negara lain yang benar-benar boleh dikatakan Timur?

Secara logiknya, tidak mungkin Thailand, Hong Kong dan China itu boleh dikatakan Timur, kerana di negara-negara berkenaan, umat Islam adalah amat minoriti dan tidak akan mampu bangun menjadi kuasa pemerintahan untuk Imam Mahdi.

Jika demikian, jelaslah bahawa tidak ada kawasan lain lagi yang lebih patut dikatakan Timur,
selain kawasan kita inilah sahaja dan merupakan satu-satunya kawasan yang paling layak digelar Timur. Dalam sebuah hadis sahih (riwayat Imam Muslim) disebutkan bahawa Timur adalah kawasan yang paling hujung bumi ini yang manusianya menerima Islam sebagai agama mereka.

Amat jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan hujung bumi ini adalah Asia Tenggara
kerana di sinilah kawasan terakhir yang manusianya beramai-ramai menerima Islam sebagai agama mereka. Kawasan selepas Asia Tenggara ini, tidak ada yang menerima Islam secara beramai-ramai sehingga bangsa yang beragama Islam itu mampu memerintah negara. Jika ada yang Islam pun, hanyalah golongan yang amat minoriti. Lihatlah contohnya di Korea, Jepun dan negara-negara Kepulauan Pasifik.

Maknanya, Imam Mahdi itu boleh pula dikatakan Ahlulbait yang berbangsa Melayu, memakai
adat istiadat Melayu dan bercakap dalam bahasa Melayu. Jika demikian, alangkah bertuahnya bangsa Melayu pada akhir zaman ini! Sama seperti bertuahnya bangsa Arab zaman dahulu kerana memiliki Nabi SAW, yang lahir dari bangsa mereka, bercakap dalam bahasa mereka dan memakai adat istiadat mereka.

Bagaimanapun, sebagai perincian sifat peribadinya, berikut ini dinukilkan beberapa sifat
khusus beliau, keadaannya, kemunculannya dan pemerintahannya seperti yang kita dapati daripada sumber-sumber hadis, asar dan juga ucapan tabiin.

1. Namanya Muhammad

A. Dari Abdillah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,“Dunia ini tidak akan binasa sehingga seorang dari Ahlulbaitku menguasai seluruh bangsa Arab yang namanya sama dengan namaku.” (At-Tarmizi & Abu Daud)

B. Dari Abdillah RA dari Rasulullah SAW, bersabda, “Seorang dari keluargaku akan berkuasa yang namanya sama dengan namaku.”

C. Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,“Seandainya umur dunia ini tidak tersisa melainkan sehari, pasti Allah akan panjangkan hari itu sehingga dia berkuasa.”
(At-Tarmizi)

D. Sabda Nabi SAW,
“Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari kaum
keluargaku, yang namanya menyamai namaku.”
(Abu Daud)

E. Daripada Zar, dari Abdullah RA, dari Nabi SAW yang bersabda, “Tidak hilang atau tidak habis umur dunia ini sehinggalah diperintah seluruh bangsa Arab oleh seorang lelaki dari ahli keluargaku yang sama namanya dengan namaku.”
(Abu Daud)

Hadis-hadis yang diberikan itu, walaupun semuanya tidak sama matannya, tidak syak lagi
menyatakan dengan jelas bahawa:

1. Imam Mahdi sudah pasti, tidak ragu-ragu lagi, akan zahir ke dunia ini, tidak lama sebelum kiamat kubra berlaku.

2. Imam Mahdi memang benar-benar berketurunan Ahlulbait, dari keturunan Rasulullah SAW,
suatu hal yang sudah pun diperakui oleh baginda SAW sendiri. Disebutkan berulang-ulang dalam
banyak hadis, antaranya adalah seperti yang diberikan tadi.

3. Imam Mahdi akan memerintah seluruh bangsa Arab, suatu hal yang sama yang pernah dilakukan oleh para Khulafa ur-Rasyidin dahulu. Selepas itu, bangsa Arab sentiasa berpecah, mengikut kepala masing-masing, hampir mustahil untuk disatukan kembali, sehinggalah datang Imam Mahdi yang akan menyatukan semula kepala mereka sehingga menjadi satu, sama seperti yang pernah dilakukan oleh para Khulafa dahulu.

4. Hanya empat orang pemerintah yang benar-benar mampu menguasai dan menyatukan seluruh bangsa Arab di bawah pemerintahan mereka iaitu Sayidina Umar al-Khattab RA (Khulafa ar- Rasyidin), Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Imam Mahdi dan Nabi Isa AS.

5. Pemerintah yang turut mampu menyatukan bangsa Arab, selain yang berempat di atas adalah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayidina Uthman, Sayidina Ali, Sultan Muhammad al-Fateh dan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, yang merupakan pembuka jalan bagi naiknya pemerintahan oleh Imam Mahdi. Selain mereka ini, tiada pemimpin lain yang boleh menyatukan bangsa Arab dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

6. Nama sebenarnya, yang disebut-sebut di khalayak orang ramai adalah Muhammad atau Ahmad, atau nama yang serupa dengan nama Nabi SAW, bukan dengan nama lain seperti Hasan, Rahim atau sebagainya.

7. Kedatangannya ke dunia ini merupakan suatu janji Allah dan juga janji baginda SAW, suatu hal
yang tidak salah jika kita menuntutnya, kerana memang hal itu sudah dijanjikan dan janji itu
diulang-ulang banyak kali pula. Maka lebih layaklah kita menuntutnya untuk zaman kita ini. Siapa yang tidak mahukan segala kelebihan yang telah Allah janjikan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya SAW itu?

8. Jika syarat yang pertama ini pun sudah tidak terpenuhi, iaitu namanya bukan Muhammad, maka orang yang mendakwa dirinya Imam Mahdi itu, patut sangatlah kita tolak sebab sudah tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh hadis. Sudah nyata sangat dustanya itu.

2. Nama Bapanya Abdullah

A. Sayidina Ali KMW, ketika memandang anaknya al-Hasan RH, berkata, “Anakku ini adalah seorang Sayid, seperti yang Nabi SAW menamakan dia. Daripada keturunannyalah akan muncul seorang lelaki yang namanya seperti nama nabi kamu. Dia akan menyerupai Nabi kamu dari segi akhlak tetapi tidak dari segi rupa.” Kemudian dia menyebutkan riwayat bahawa bumi ini akan dipenuhi dengan keadilan (semasa pemerintahannya).”
(Abu Daud)

B. Dari Abdullah RA katanya, sabda Nabi SAW,
“Kalaulah umur dunia ini hanya tinggal sehari sahaja lagi, pasti Allah akan panjangkan hari itu
sehingga diutuskan-Nya seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku dan
nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan
kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi oleh penindasan dan kezaliman.”
(Abu Daud & At-Tarmizi)

C. Daripada Abdullah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Kalaulah tidak tinggal bagi dunia ini melainkan sehari sahaja lagi, nescaya akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dibangkitkan padanya seorang lelaki dari umatku atau dari ahli keluargaku yang sama namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku.”
(At-Tarmizi)

Daripada hadis Nabi SAW dan asar daripada Sayidina Ali KMW ini, serta beberapa hadis lain
yang tidak dimasukkan di sini, dapatlah disebutkan beberapa perkara, antaranya:

1. Imam Mahdi adalah dari keturunan Sayidina al-Hasan. Maksudnya keturunan dari Sayidina al-Hasan yang perempuan, akan membawa kepada turunnya Imam Mahdi. Hal ini sebenarnya
hanyalah bersifat penjelasan, tidak perlulah kita mengoreknya habis-habisan untuk mendapatkan kesahihan. Cukuplah sekadar mempercayai dan meyakini apa-apa pekhabaran yang telah disampaikan oleh baginda SAW itu.

2. Sayidina al-Hasan adalah seorang yang lemah lembut dan mencintai keamanan. Maka daripada keturunannya kelak akan lahir seorang pemimpin yang membawa keamanan sejati ke seluruh dunia ini iaitu Pemuda Bani Tamim.

3. Diulang sekali lagi, namanya yang sebenar ialah Muhammad, sama seperti nama Nabi kita SAW, tidak menggunakan nama-nama yang lain.

4. Nama bapanya adalah Abdullah, sama nama seperti nama bapa Nabi SAW. Hal ini berlawanan
dengan Imam Mahdi bagi puak Syiah kerana bagi mereka, nama bapa Imam Mahdi mereka
bukan Abdullah. Bagi puak Syiah Imamiah, nama bapa Imam Mahdi mereka adalah al-Hasan al-
Askari dan bagi Syiah Kaisaniah pula, bapa Imam Mahdi mereka adalah Sayidina Ali KMW!

5. Akhlak Imam Mahdi adalah sama dengan akhlak baginda Rasulullah SAW dan hal ini disebutkan dengan jelas oleh Sayidina Ali KMW. Ini juga menunjukkan ketinggian imannya pada sisi Allah SWT, kerana akhlak adalah lambang ketinggian iman. Pemimpin sejati (Imam Mahdi)
semestinyalah akhlaknya saling tak tumpah dengan akhlak pemimpin sejati juga (Rasulullah
SAW).

6. Rupa zahirnya tidak sama dengan rupa zahir Baginda SAW kerana menurut yang disebutkan
dalam riwayat-riwayat masyhur, Nabi SAW itu orangnya putih dan tampan sekali, manakala
Imam Mahdi kulitnya kemerah-merahan dan kelihatan seperti orang Ajam.

7. Pemerintahannya sudah dijanjikan, dan dijanjikan juga sebagai suatu pemerintahan yang adil dan saksama. Yang berani menghalang kemunculannya sebagai pemimpin akan mendapat sebesar-besar azab dan seksaan.

8. Dunia sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Yang kuat menindas yang
lemah, yang berkuasa menzalimi rakyat jelatanya, yang kaya menindas yang miskin dan
seterusnya. Yang miskin, yang tidak berkuasa dan orang bawahan turut berbuat zalim dengan
melakukan jenayah-jenayah sivil, menipu orang lain, mencari harta haram, menentang
pemerintah dan tidak redha dengan keadaan miskinnya itu.

Post ini telah dibaca sebanyak 6426

5 Comments

  1. Salam. Just nak timbulkan sedikit persoalan untuk perbincangan. Hadis Nabi, “…… namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku…..”

    Namanya: Mungkin Muhammad, Ahmad, Muhammad Hassan, Muhammad Ali atau apa sahaja yang mempunyai perkataan Muhammad di awalnya atau di akhirnya..

    Nama Bapanya: Nama bapa Rasulullah adalah Abdullah. Jika kita pecahkan, ia menjadi Abd + Allah (Hamba Allah). Allah mempunyai 99 Nama. Jadi, mungkin nama bapanya adalah Abd Rahim, Abd Rahman, Abd Jalil, Abd Malik dan sebagainya…

    Kerana Allah akan menjaga insan bergelar al-mahdi. Sudah tentu identitinya sukar dikenalpasti, terutamanya oleh musuh2 Islam.. Mungkin boleh dibincangkan hal ini.

    • Assalammualaikum, saya hanya ingin menjawab persoalan anda dan saya tidak rasa jawapan saya ini adalah benar. Jika Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa nama Imam Mahdi tersebut sama dengan nama baginda, dan nama bapa Imam Mahdi juga sama dengan nama bapa baginda, ini bererti nama Imam Mahdi itu mungkin Muhammad Bin Abdullah. Wallahua’lam. 🙂 yg benarnya datang daripada Allah SWT dan yg salahnya dtg daripada diri saya sendiri.

  2. Salam…di sini saya ada pendapat tentang Al Mahdi….mana mungkin namanya Muhammad bin Abdullah…merujuk kepada nama nabi Ahmad dlm injil…yg lahir adalah Nabi Muhammad bukan Ahmad….pernyataan namanya adalah untuk mengelirukan musuh musuhnya yg terdiri dari kaum jesuit dan zionis itu yg sentiasa mencarinya…kalau namanya seperti dalam hadis mustahil untuk beliau tidak ditemui dalam zaman facebook ini sebab beliau juga manusia biasa yg dipilih Allah jd beliau juga mempunyai akaun facebook dan e mail…jadi ini akan mendedahkannya kepada bahaya…Allah adalah sebaik baik perancang..jadi mustahil bagi sang empunya diri tidak mengetahui dirinyalah bakal menjadi al mahdi…Allah telah mengabarkan tentang perkara ini kepada beliau seperti nendanya mengetahui bagindalah Nabi Ahmad itu….jadi renung renungkan dan semoga kita semua bertemu dgnnya dan membaiahnya tanpa ragu ragu…

1 Trackback / Pingback

  1. Bahagian 2 – Siapa Imam Mahdi?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*