Betulkan Saf – Allah Maha Besar

Dalam satu program di dalam televisyen (ONE FAMILY)
Ceramah jemputanya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee)

Beliau berkata yang umat islam di mekah tidak pernah berterabur ketika solat

Dalam program itu, seorang warga Amerika sedang membincangkan tentang Islam sambil melihat secara live solat isyak di mekah melalui televisyen.

Warga Amerika itu begitu terkejut bagaimana keadaan orang yang sesak di masjid dengan lebih 3 juta orang Islam pada malam itu, tambahan lagi malam itu ialah malam Ramadhan.


Ceramah jemputan Dr.Yahya Alyahya bertanya kepada warga Amerika itu: Anda rasa berapa lama mereka mengambil masa untuk menyusun dan beratur dalam satu baris sebelum solat bermula?

Warga Amerika itu menjawab: sekurang-kurangnya 2 ke 3 jam

Dr.Yahya Alyahya berkata : tetapi Masjid (masjidil haram) ialah 4 tingkat

Warga Amerika itu menjawab : Jadi mereka mengambil masa 12 jam la

Dr.Yahya Alyahya berkata: Anda perlu tahu bahawa mereka semua dari seluruk pelusuk dunia dan mereka mempunyai bahasa percakapan yang berbeza.

Warga Amerika itu menjawab: Jadi sudah tentu mustahil mereka dapat beratur dan satu barisan (saf)!

Kemudian solat isyak di kaca televisyen yang ditonton mereka bermula dan sheikh Sudais bangun dan berkata ESTAWOO yang bermaksud betulkan saf / penuhkan saf.

Dalam masa beberapa saat sahaja, lebih 3 juta umat islam di masjidil haram itu membetulkan saf dalam keadaan sangat teratur dan tidak bengkang bengkok.

Warga Amerika itu tergamam dan terus melihat di kaca televisyen, selepas beberapa minit warga Amerika itu mengucap

ASH-ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASOOLOLLAH.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

“Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga hambaNya yang taat menyembahnya dan tidak akan memalukan mereka ketika mereka sedang menyembahNya”

Post ini telah dibaca sebanyak 2640

No Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>