Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Saya harap anda telah baca part 1 kerana ini adalah sambungan daripada part 1. Sesudah anda menyediakan semua persiapan sebelum temuduga seperti dinyatakan dalam Part 1, kali ini adalah tips semasa hari temuduga dan ketika ditemuduga. Harap membantu anda semua.

Jika belum baca bahagian 1 atau perlukan maklumat tambahan lain, sila rujuk link di bawah. Pastikan anda baca mengikut turutan agar tidak keliru

Bahagian 1Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal

Beri salam atau ucap selamat pagi/petang kepada panel temuduga dan anda hendaklah beramah-tamah dan bersopan-santun.

Dengarlah soalan-soalan dengan teliti dan jawab soalan dengan terus terang, tenang, logik, tepat dan penuh keyakinan serta jelas didengar.

Jangan merasa gementar.

Bersikap positif.

Tunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh hendak bekerja dan tumpukan minat terhadap pekerjaan itu.

Tanyalah mengenai tugas-tugas, latihan-latihan yang disediakan dan prospek pekerjaan/kerjaya.

Berilah persetujuan dengan senang hati jika diminta mengisi borang, mengambil ujian khas syarikat berkenaan, memberi nama orang-orang tertentu sebagai rujukan atau menjalani pemeriksaan perubatan.

Jangan kedekut untuk senyum dan jangan tergagap. Yakin kepada jawapan anda walaupun anda tidak pasti jawapan kepada soalan yang diberikan kerana apa yang ingin dilihat ialah keyakinan diri dan bukanya bergantung kepada jawapan yang diberi sangat. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya semasa temuduga.


Jangan menguasai temuduga.

Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.

Jangan berbincang masalah peribadi seperti urusan rumah tangga, kesihatan diri atau masalah kewangan anda.

Jangan bertengkar atau menyatakan tidak bersetuju dengan penerangan yang diberi oleh penemuduga.

Jangan mengkritik bekas majikan anda.

Jangan merokok atau mengunyah gula getah atau gula-gula semasa temuduga.

Yang Akhir sekali dan yang paling penting, tunjukkan minat anda terhadap kerja yang anda interview tersebut

Info Tambahan : Tips Lulus Temuduga

Semoga Lulus Temuduga Dengan Jayanya!

Bahagian 1 – Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal

Bahagian 2- Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan

Bahagian 3- Tips Temuduga SPA 3- Peringat Akhir

Tips Lulus – Soalan dan Tips Lulus Temuduga SPA Separa Perubatan Berdasarkan Pengalaman Saya

Contoh ResumeContoh Resume Untuk Interview SPA8.

Juruteknologi Makmal Perubatan – Apa Itu Kerjaya Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan?

Jururawat / Jururawat MasyarakatSyarat Kemasukan Untuk Jururawat Dan Jururawat Masyarakat

Pegawai Farmasi Dan Pegawai PerubatanSyarat Kemasukan Untuk Penolong Pegawai Farmasi Dan Penolong Pegawai Perubatan

Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray – Syarat Kemasukan Untuk Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray

Post ini telah dibaca sebanyak 42609

1 Comment

9 Trackbacks / Pingbacks

  1. Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal
  2. Tips Temuduga SPA 3 – Peringkat Akhir
  3. Juruteknologi Makmal Perubatan
  4. Contoh Resume Untuk Interview SPA / Kerja
  5. Kelebihan Kerja Kerajaan @ Penjawat Awam
  6. Maklumat Tentang Latihan Jururawat Dan Jururawat Masyarakat
  7. Tips Lulus Temuduga SPA Separa Perubatan
  8. Maklumat Tentang Latihan Penolong Pegawai Farmasi Dan Penolong Pegawai Perubatan
  9. Maklumat Tentang Latihan Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*