Tips Temuduga SPA 3 – Peringkat Akhir

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Ini adalah bahagian terakhir untuk tips temuduga lulus interview SPA/kerja. Jika anda terlupa atau belum baca bahagian 1 dan 2 terlebih dahulu sila rujuk link di bawah.

Bahagian 1Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal

Bahagian 2Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan

Bahagian ketiga dan terakhir ini adalah bahagian di mana apabila anda selesai sesi temuduga. Anda tidak boleh terus ucap terima kasih dan keluar dari bilik temuduga . Ikut tips di bawah supaya markah yang anda dapat untuk attitude tinggi.

Tentukan bahawa anda mengetahui tindakan yang harus anda lakukan selanjutnya.

Bertanya bila anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan akan diumumkan. Jika temuduga SPA. tanya bila keputusan temuduga akan keluar kerana ini menunjukkan anda bersungguh-sungguh.

Biarkan penemuduga menamatkan temuduga. Jangan anda yang tanya sama ada dah habis atau belum temuduga

Apabila temuduga tamat, ambil peluang memberi ucapan terima kasih kepada penemuduga kerana meluangkan masa dengan anda.

Sebaik sahaja temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun. Lempar senyuman dan tolak kerusi ke belakang dengan perlahan.

Hantar surat ucapan terima kasih kepada syarikat berkenaan sebagai tindakan susulan.

Penilaian Prestasi Temuduga

Selepas temuduga, anda harus meluangkan masa untuk menilai prestasi diri untuk membantu anda belajar dari pengalaman temuduga tersebut kerana pengalaman ini penting untuk temuduga seterusnya jika anda gagal temuduga pertama. Cuba menjawab soalan-soalan berikut dengan ikhlas:

Adakah saya bersedia?

Adakah pengetahuan saya mengenai kerja dan syarikat/firma mencukupi?

Adakah saya membawa diri saya dengan baik?

Adakah saya mengambil peluang-peluang yang ada untuk menonjolkan kemahiran yang ada kepada majikan?

Adakah saya bercakap terlalu banyak atau kurang bercakap?

Adakah saya menguasai temuduga dan bukannya penemuduga?

Adakah saya cukup tenang dan penuh keyakinan?

Sekiranya anda fikir temuduga tersebut tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi untuk memperbaiki diri dan belajar dari setiap pengalaman baru.

Info Tambahan : Tips Lulus Temuduga

Semoga Lulus Temuduga Dengan Jayanya!

Bahagian 1 – Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal

Bahagian 2- Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan

Bahagian 3- Tips Temuduga SPA 3- Peringat Akhir

Tips Lulus – Soalan dan Tips Lulus Temuduga SPA Separa Perubatan Berdasarkan Pengalaman Saya

Contoh ResumeContoh Resume Untuk Interview SPA8.

Juruteknologi Makmal Perubatan – Apa Itu Kerjaya Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan?

Jururawat / Jururawat MasyarakatSyarat Kemasukan Untuk Jururawat Dan Jururawat Masyarakat

Pegawai Farmasi Dan Pegawai PerubatanSyarat Kemasukan Untuk Penolong Pegawai Farmasi Dan Penolong Pegawai Perubatan

Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray – Syarat Kemasukan Untuk Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray

Post ini telah dibaca sebanyak 37988

8 Comments

  1. kebanyakkan zaman sekarang ni main org dalam.sy ade 1 member ni mak die keje LHDN.anak die nk minx keje senang je dapat dalam bidang IT. lepas tu anak die dh bosan pegi minx keje kt tempat lain iaitu bank rakyat org dalam gk gune. bkan calang2 org nk masuk.sepatutnye contract dulu kalau dh masuk.yg member sy ni terus perm.resume x leh pkai dah,cukup syarat kalau bwat je,kalo dpt tu lucky anda la 🙂

    p/s : sekadar kongsi bersama anda 🙂

    • betol sgat la to .
      Jururawat pn ape kurang nye .
      Kerajaan kate ngre kte kekurangan byk jururawat , n bile ade y apply n yakin sume syarat y d letak kn dyorg ade . Tetap jgk x dpt .
      ‘nk mencari y tbaik d antare y terbaik ‘ kate nye lha kn .
      Sampai kn ble da xdi bg peluang ,sume lari ke swasta , wlpn kos pengajian y tinggi giler n kualiti pn xley nk jamin ,sb sape-2 pn bley msuk asal ade duit ..
      Tp knpe xnk bg peluang pade y minat dgn bidang to . Kne lha yakin mereka bleh buad .kalau ade minat n kesungguhan ,insyaallah dyowg pn ley bjaye .

  2. betol . Setuju dgn putera zaidi . Zmn skunk byk maen care mcm to . Untong la kalau ade family y bkhidmat dlm bidang y kte nk apply to .
    So mcm mane plak dgn nasib orang-orang y xde KELEBIHAN mcm to , xde gune orang dalam . 🙁
    saye la antara nye 🙁
    sampai ke sudah x kemane , d tambah lg dgn persaigan y hebatttt

  3. salam..

    jangan sedey sgt kawan2(walau aku pon tgh sedey)..rezeki Allah yg tentukan..kita usaha la ikut jalan yg benar..moga dapat rezeki yg berkat..

  4. hmmnn….betol2..ad org dalam..sume beres….x adil..tp mcm mne pown..rezki drpd Allah..yakin 2 mesti..btw,gud luck kpd semua … 🙂

7 Trackbacks / Pingbacks

  1. Juruteknologi Makmal Perubatan
  2. Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal
  3. Kelebihan Kerja Kerajaan @ Penjawat Awam
  4. Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan
  5. Contoh Resume Untuk Interview SPA / Kerja
  6. Maklumat Tentang Latihan Penolong Pegawai Farmasi Dan Penolong Pegawai Perubatan
  7. Maklumat Tentang Latihan Jururawat Dan Jururawat Masyarakat

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*