Teknik Kumpulan Darah = ABO Grouping

Ok, hari ini saya akan kongsikan cara buat blood grouping dimana teknik makmal ini sangat penting dalam makmal immunohematologi untuk transfusi darah kepada pesakit. Bukan boleh transfer darah sesuka hati.

Sebelum itu, kita kena tahu ada 4 kumpulan darah iaitu darah A, B, AB dan O. Kumpulan darah O ialah universal donor di mana darah O boleh diterima oleh semua pesakit. Manakala darah AB ialah universal receiver dimana orang yang ada darah ini boleh terima semua jenis kumpulan darah lain.

Teknik blood grouping dibahagikan kepada 2 iaitu

  • Teknik Forward (menggunakan antisera dan darah)
  • Teknik Reverse (menggunakan serum dan known cell A,B dan O)
Teknik blood grouping pula boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu
  • Teknik Jubin
  • Teknik Tube
Prinsip amali ini senang sahaja, untuk melihat reaksi agglutinasi yang terhasil oleh kerana tindak balas antigen dan antibodi yang ada dalam badan manusia. Kat bawah saya sertakan beberapa gambar yang saya lakukan tadi.
Prosedur
  1. Sertakan ampaian 25% dan 50% darah. (25% = 2 titis darah, 6 titis saline) , (50%= 3 titis darah, 3 titis saline)
  2. Titiskan ampaian darah 25% ke atas jubin dan 1 titis antisera
  3. Lihat agglutinasi terhasil
Boleh lihat gambar-gambar yang saya sediakan di bawah. Klik untuk pembesaran 100 kali ganda ūüėõ
Post ini telah dibaca sebanyak 6369

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*