Praktikal Semester 2 – Analyser Di Makmal Patologi

Setiap hujung semester, aku diwajibkan praktikal selama seminggu di mana-mana klinik. Jadi semester 2 ni aku kena belajar mengenai analyser-analyser yang ada di makmal untuk melengkapkan lagi ilmu aku~~ (poyo sikit)

Aku kena buat report tentang 5 analyser. Kat bawah ni aku letak 5 analyser yang aku guna sepanjang praktikal.

Hemoglobin Analyser

1. Alat kat atas ini nama haemoglobin analyser jenama haemo-sure yang digunakan untuk lihat nilai Hb patient. Ujian dilakukan dengan ambil darah dari jari guna lancet, letak larutan drabkin dan baca dengan alat kat ni. Macam spektrofotometer dah aku tengok. Biasanya patient perempuan mengandung yang perlu diperiksa Hb sebulan sekali.

Clinitek Status (Urin Analyser)

2. Analyzer kat atas ni pula ialah urin analyser yang memang wajib ada. Analyser ini digunakan untuk melihat kandungan dalam urine pesakit untuk mengetahui penyakit patient. Antara ujian dijalankan menggunakan mesin ini ialah Urine FEME , Urin Microalbumin, HCG (pregnancy test) . Digunakan bersama ialah clinistix atau strip yang perlu dicelup dalam urin dan dimasukkan dalam analyser ini yang mana keputusanya akan diprint.

Bilirubin Meter

3. Alat atas ni pula nama dia Bilirubin Meter yang digunakan untuk baca bacaan bilirubin baby untuk lihat paras penyakit jaundice atau dipanggil kuning. haha! Mesin ni memang khas untuk baby. Darah dari ibu jari kaki bayi akan diambil dan dibaca menggunakan mesin ini setelah siap diempar selama 3 minit, kelajuan 30,000 rpm. Aku paling suka buat test ni sebab baby yang memang kiut miut dan umur baby dari 3 hari hinggalah sebulan lebih kurang.

Optium Xceed

4. Alat ini pula untuk baca kandungan glucose dalam darah patient terutamanya yang kencing manis hehe. Darah dari jari patient yang akan “ditebuk” guna lancet dan dititiskan ke strip khas untuk alat ini (dalam gambar sebelah kanan). Ujian yang dijalankan Blood Sugar Profile, Random Blood Sugar,  Fasting Blood Sugar. Aku try dekat darah aku dapat bacaan 4.3, normal 4.4. 🙂

Auto Hematology Analyser

5. Alat last ni yang harganya mencecah harga sebuah rumah ni untuk buat Full Blood Count dimana darah dari berantibekuan EDTA atau fresh blood dari tube akan disedup oleh mesin ini dan pembilangan Sel darah merah, sel darah putih, platelet dan macam lagi kandungan darah akan dibaca dan result diprint.

Post ini telah dibaca sebanyak 5333

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*