Simbol Illuminati Pada Bank Negara Malaysia

Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? Subhanallah..betul kah? sebenarnya saya pun baru tahu juga perkara ini dari seorang sahabat , disebabkan perkara ini memang menarik perhatian maka saya mengambil keputusan untuk menyiasatnya dengan lebih lanjut.

Pertama sekali, jom kita check simbol ini pada ringgit kita,

Apa yang saya tandakan dengan dakwat merah itu adalah gambar seekor kijang. Tetapi betulkah itu seekor kijang?

Sebenarnya, lebih tepat lagi, simbol ini adalah sebenarnya milik Bank Negara Malaysia

Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang?

Perkara yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor PENDEK!, manakala simbol  haiwan diatas adalah berekor panjang..

Sebenarnya haiwan diatas adalah simbol seekor anjing..!

Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.

Untuk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam).  Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid

Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason.

Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan?

Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?

Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.

discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel

Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.

Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.

Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia

Post ini telah dibaca sebanyak 25175

18 Comments

  1. sikit-sikit illuminati, tolong lah wahai umat islam, hentikan la teori konspirasi ilumianti ini, sudah boring kami mendengarnya.

    kalau macam tu, apa2 yang berbentuk piramid, ada simbol mata satu , bintang berbucu apa tah itu semua nya berkaitan dengan konspirasi illuminati untuk menjatuhkan umat islam la yek?

    daripada tuan membazr masa mengkaji apekah lagi yang berunsurkan illuminati dan harus dijauhi oleh umat islam, lebih baik pihak tuan menulis sesuatu yang berfaedah, seperti bagaimana untuk membangunkan ekonomi ke, cara-cara menanam pokok ke..

    sekian, sudah-sudah la tu illuminati, freemason, konspirasi, knight templer, firaun etc etc, xde faedh.. serious

    • Salam. Lu anti Konspirasi tidak apa, tp jgn halang org bincang dan tulis pasal Konspirasi.

      Lu orang boring sebab lu orang jenis Org Malas yang hanya bergantung pada pencarian org lain untuk memuaskan kemahuan korang.

      Kami orang yang meminati konsep Konspirasi ini akan terus mengkaji dan mempelajari, Kami xkan bising biarpun mendengar cerita yang sama, sebab apa? Klu ada didalam setiap cerita didengari.

      Lu cakap xde faedah semua ttg illuminator dan masonic tu semua, betul, semua tu xda faedah, tp suma tu “kunci” untuk menggali lubang yang dah “tercungkil”.

      Lu jangan anggap mudah eark. Dunia sekarang memang dalam genggaman Illuminator. Itu adalah Faktanya. Lu takyah cakap banyak, lu balik rumah tanam jagung saja. Xpayah berdebat dgn org nak belajar ilmu.

    • lu anti konspirasi…memang bangang….lu islam ke hapa….jangan pandang remeh hal-hal berkaitan freemason nie…bahaya tuh…

  2. saya setuju dengan saudara syah. Kepada mereka yang malas nak mendengar konspirasi ni lu blah lah. Anda mungkin pro freemason… Teruskan mengkaji dan membongkar konspirasi ini… Persetan kepada mereka yang tidak mau ambil peduli…

  3. illuminati?illuminati?apa itu illuminati?siapakah dalang dalang geng dajjal ini sebenarnya illuminati itu dajjal tapi tidak turun lagi ini salah satu tandanya??mengapakah BNM letak gambar kijang tapi ekor panjang buatlah macam kelantan tu

  4. الاسلام هو الحل والزكاة هى الحل فلا اعتماد على الكفار لانهم يكرهوننا ويضحكون علينا ويكفيهم تدميرا لخيرات ماليزيا واندونيسيا ونشر للدعارة والفواحش وتضييع شبابنا وفتياتنا

  5. The people who speaks, do not know, the people who knows, do not speak. Konspirasi sebegini diibaratkan seperti kejadian alam, bagaimana ia wujud & adakah ia benar? terpulang pada pengkaji. Kita bertuah kerana diberikan manual kehidupan iaitu Al-Quran, Injil, Zabur & Taurat. Tanpanya? Tiadalah kepercayaan. Tp hakikatnya, Tuhan itu wujud, biarpun tidak dizahirkan. Rahsia adalah untuk dikaji & difahami, antaranya perlu kekal tidak diterokai, selebihnya tajamkan akal tanyalah intuisi. Selamat mengkaji kepada rakan-rakan.

  6. I see you share interesting stuff here, you can earn some extra
    money, your blog has big potential, for the monetizing
    method, just search in google – K2 advices how to monetize a website

  7. I must say you have very interesting posts here.

    Your page can go viral. You need initial boost only.
    How to get it? Search for: Miftolo’s tools go viral

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*