Selamat Datang 2012, Selamat Tinggal 2011

Hari ni 2012, 1 Januari 2012. Maknanya kita dah masuk tahun baru, macam mana dengan tahun 2011? banyak kenangan indah atau peristiwa yang berlaku dalam hidup korang?

Apa yang berlaku dalam hidup aku 2011?

-Aku daftar di Kolej Teknologi Makmal Perubatan

-Bisnes aku masih lagi maintain, tiada peningkatan

-Tukar phone dan laptop baru

Xperia X8 + 8GB (RM430)
HP Pavillion G4-1212TX (RM1,943)

-Status? Yup..Aku break dengan farah pada Oktober 2011.

Break Up Oktober 2011 Selepas 2 Tahun Setengah Kenal~

-Dan pointer aku naik! yeah.. semester 1 = 2.7 , sem 2 = 3.43

-Tu je lah rasanya yang penting berlaku dalam hidup aku

Jom baca Doa Tahun Baru sempena tahun 2012

Klik untuk besarkan

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Azam untuk tahun 2012

– Aku nak DSLR haha!

-Aku nak pointer yang lagi tinggi untuk semester 3

-Nak banyakkan kebaikan dari tahun sebelum ni

-Mungkin mengakhir zaman single tapi tu tak pasti sebab belum jumpa haha!

-Nak beli jam tangan baru hehe~

-Nak tambah berat badan sikit kot~

cam ne dengan korang? ape azam baru korang dan cam ne yang tahun lepas? tercapai tak?

Post ini telah dibaca sebanyak 3457

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*