Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Saya harap anda telah baca part 1 kerana ini adalah sambungan daripada part 1. Sesudah anda menyediakan semua persiapan sebelum temuduga seperti dinyatakan dalam Part 1, kali ini adalah tips semasa hari temuduga dan ketika ditemuduga. Harap membantu anda semua.
Jika belum baca bahagian 1 atau perlukan maklumat tambahan lain, sila rujuk link di bawah. Pastikan anda baca mengikut turutan agar tidak keliru
Bahagian 1 – Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal
Beri salam atau ucap selamat pagi/petang kepada panel temuduga dan anda hendaklah beramah-tamah dan bersopan-santun.
Dengarlah soalan-soalan dengan teliti dan jawab soalan dengan terus terang, tenang, logik, tepat dan penuh keyakinan serta jelas didengar.
Jangan merasa gementar.
Bersikap positif.
Tunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh hendak bekerja dan tumpukan minat terhadap pekerjaan itu.
Tanyalah mengenai tugas-tugas, latihan-latihan yang disediakan dan prospek pekerjaan/kerjaya.
Berilah persetujuan dengan senang hati jika diminta mengisi borang, mengambil ujian khas syarikat berkenaan, memberi nama orang-orang tertentu sebagai rujukan atau menjalani pemeriksaan perubatan.
Jangan kedekut untuk senyum dan jangan tergagap. Yakin kepada jawapan anda walaupun anda tidak pasti jawapan kepada soalan yang diberikan kerana apa yang ingin dilihat ialah keyakinan diri dan bukanya bergantung kepada jawapan yang diberi sangat. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya semasa temuduga.
Jangan menguasai temuduga.
Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.
Jangan berbincang masalah peribadi seperti urusan rumah tangga, kesihatan diri atau masalah kewangan anda.
Jangan bertengkar atau menyatakan tidak bersetuju dengan penerangan yang diberi oleh penemuduga.
Jangan mengkritik bekas majikan anda.
Jangan merokok atau mengunyah gula getah atau gula-gula semasa temuduga.
Yang Akhir sekali dan yang paling penting, tunjukkan minat anda terhadap kerja yang anda interview tersebut
Info Tambahan : Tips Lulus Temuduga
Semoga Lulus Temuduga Dengan Jayanya!
Bahagian 1 – Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal
Bahagian 2- Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan
Bahagian 3- Tips Temuduga SPA 3- Peringat Akhir
Tips Lulus – Soalan dan Tips Lulus Temuduga SPA Separa Perubatan Berdasarkan Pengalaman Saya
Contoh Resume – Contoh Resume Untuk Interview SPA8.
Juruteknologi Makmal Perubatan – Apa Itu Kerjaya Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan?
Jururawat / Jururawat Masyarakat – Syarat Kemasukan Untuk Jururawat Dan Jururawat Masyarakat
Pegawai Farmasi Dan Pegawai Perubatan- Syarat Kemasukan Untuk Penolong Pegawai Farmasi Dan Penolong Pegawai Perubatan
Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray – Syarat Kemasukan Untuk Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray

{ 9 trackbacks }