Maklumat Tentang Latihan Penolong Pegawai Farmasi Dan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat-syarat dan maklumat tentang interview latihan Penolong Pegawai Farmasi (diploma) bagi separa perubatan (SPA8)

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor

Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia

ii) Umur:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan:

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29.

Syarat-syarat dan maklumat tentang interview latihan Penolong Pegawai Perubatan (diploma) bagi separa perubatan (SPA8)

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

Kolej Pembantu Perubatan, Ulu Kinta, Perak
Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Kedah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kuching, Sarawak

Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia

ii) Umur:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan:

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hospital Rendah adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Penolong Pegawai Perubatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan

Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29.

Info Tambahan : Tips Lulus Temuduga

Semoga Lulus Temuduga Dengan Jayanya!

Bahagian 1 – Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal

Bahagian 2- Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan

Bahagian 3- Tips Temuduga SPA 3- Peringat Akhir

Tips Lulus – Soalan dan Tips Lulus Temuduga SPA Separa Perubatan Berdasarkan Pengalaman Saya

Contoh ResumeContoh Resume Untuk Interview SPA8.

Juruteknologi Makmal Perubatan – Apa Itu Kerjaya Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan?

Jururawat / Jururawat MasyarakatSyarat Kemasukan Untuk Jururawat Dan Jururawat Masyarakat

Pegawai Farmasi Dan Pegawai PerubatanSyarat Kemasukan Untuk Penolong Pegawai Farmasi Dan Penolong Pegawai Perubatan

Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray – Syarat Kemasukan Untuk Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray

Post ini telah dibaca sebanyak 57932

16 Comments

  1. saya nak sangat spa…..
    dan saya amat berminat dlm bidang ini…
    tolong la…..
    bile permohonan sy akan d panggil untuk temu duga?? please
    …please….

  2. saya dah masuk spa tapi tak boleh nak dftar .katanya alamat id saya dh wujud sedangkan ni kali pertama saya dftar .mcm mna ek ?agak2 sy ada harapan lagi tak ???sya mnat sangat bidang ni .tlg la bntu apa yg ptot saya buat .

    • mungkin anda boleh mmbuat pertanyaan SPA. sebab saya pun biasa jadi jugak ..alhmdulilah ..respon yang baik daripada pihak SPA .

    • hi kawan2,,saya ingin tanya tentang temuduga spa latihan separa perubatan.saya dapat interview utk penolong pegawai perubatan..tapi umur saya 23 then, saya tentgah pelajar dekat UUM..ijazah.. jika saya dapat tawaran ini..adakah saya ingin berhenti pengajian di UUM..tlh saya..beri commen anda..tq

  3. salam , saya nak tanya lepas dah habis belajar dekat SPA ni ,, boleh tak sambung degree dekat mana mana IPTA? :–)) harap reply soalan ni ..

  4. bagus sangat ke latihan ni? tadi result upu aku keluar dapat UMP. tak pasal2 kena tolak mentah2 dengan parent sebab nak aku ambik latihan ni. Katanya kalau aku amik course pilihan aku nnti keluar je kena cari kerja, kalau amik yg latihan ni keluar je dah dapat kerja. dah la tak tau latihan ni pasal apa, minat pun takda. haih

  5. hai nak tanya yg tak ambik aliran sains spm boleh mohn pegawai farmasi tak?? saya sangat minat nak jadi farmasi tapi layak ke saya? 8A spm 2016 tpi bukan aliran sains. satera je boleh ke??

1 Trackback / Pingback

  1. Contoh Resume Untuk Interview SPA / Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*