Maklumat Tentang Latihan Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray

Syarat-syarat dan maklumat tentang interview latihan Juruteknologi Pergigian (diploma) bagi separa perubatan (SPA8)

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

Pusat Pergigian Kanak-kanak dan Kolej Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia

ii) Umur:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan:

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Juruteknologi Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29.

Syarat-syarat dan maklumat tentang interview latihan Juru X-Ray (diploma) bagi separa perubatan (SPA8)


Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
Kolej Radiografi Johor Bahru, Johor

Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia

ii) Umur:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan:

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juru X-Ray Gred U29.

Info Tambahan : Tips Lulus Temuduga

Semoga Lulus Temuduga Dengan Jayanya!

Bahagian 1 – Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal

Bahagian 2- Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan

Bahagian 3- Tips Temuduga SPA 3- Peringat Akhir

Tips Lulus – Soalan dan Tips Lulus Temuduga SPA Separa Perubatan Berdasarkan Pengalaman Saya

Contoh ResumeContoh Resume Untuk Interview SPA8.

Juruteknologi Makmal Perubatan – Apa Itu Kerjaya Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan?

Jururawat / Jururawat MasyarakatSyarat Kemasukan Untuk Jururawat Dan Jururawat Masyarakat

Pegawai Farmasi Dan Pegawai PerubatanSyarat Kemasukan Untuk Penolong Pegawai Farmasi Dan Penolong Pegawai Perubatan

Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray – Syarat Kemasukan Untuk Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray

Post ini telah dibaca sebanyak 16668

1 Comment

1 Trackback / Pingback

  1. Contoh Resume Untuk Interview SPA / Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*