Tanyalah Ustaz – Tentang Cinta Dan Berkasih

Ini adalah koleksi soalan-soalan yang biasa ditanya dan dibelenggu oleh masyarakat terutamanya remaja sekarang tentang kekeliruan dan kurang faham tentang cinta dan berkasih-kasihan.

Soalan 1 : Kalau kita jatuh cinta dekat seseorang, apa yang patut kita lakukan?
Jawapan Ustaz : Rasullullah menyuruh seorang sahabat yang jatuh hati kepada seorang wanita supaya masuk meminangnya.

Soalan 2: Hukum Couple ” Haram Atau Tidak?”
Jawapan Ustaz : kalau di maksudkn kapel mcm bdk2 skrg tu mmg haram sbb berduaan dan bersentuhan jelas di larang dalam hadith2 yang soheh..Berduaan atau bersunyi tanpa di temani mahram tetap haram !

Soalan 3 : Apa itu jodoh? Kalau orang berkawin kemudian bercerai maknanya dia bukan jodohnya?
Jawapan Ustaz : Jodoh ertinya pasangan bukan beerti pasangan selama-lamanya.

Soalan 4 : Hukum Bercinta? Salah ke kalau kita bercinta?
Jawapan Ustaz : Tak salah, yang menjadikan salah cara kita bercinta tu seperti berdua-duaan.

Soalan 5 : Apa nak buat kalau asyik teringat @ rindu perempuan yang kita suka?
Jawapan Ustaz : Masuk meminang, jangan tunggu lama-lama nanti disambar orang lain.

Soalan 6 : Nak kawin tapi tidak cukup duit, macam mana?
Jawapan Ustaz : Berpuasa..atau kawin dengan perempuan yang rendah hantaran dan mas kawinya.

Soalan 7 : Bertemu jodoh melalui internet atau facebook, haram ke?
Jawapan Ustaz : Boleh, tidak haram..Nikmat Allah pada orang di akhir zaman

Soalan 8 : Bergurau mengatakan yang perempuan ini isterinya dan lelaki ini adalah suaminya, apa hukumnya?
Jawapan Ustaz : Dikira bertunang jika disertai dengan niat

Soalan 9 : Kalau nak kawin dan cari pasangan hidup, mana lebih baik..pilihan sendiri atau pilihan ibu bapa?
Jawapan Ustaz : Pilihan sendiri (jawapan ustaz)

Soalan 10 : Jatuh hati pada seorang perempuan yang sudah ada teman lelaki, boleh atau tidak?
Jawapan Ustaz : Boleh berdoa tetapi tidak boleh jika perempuan dah bertunang atau dah berkawin

Soalan 11 : Cara pikat wanita melalui ajaran islam untuk remaja masa sekarang
Jawapan Ustaz : Boleh berkenalan melalui SMS, facebook atau kawanya asalkan tidak melepasi batas pergaulan. Nyatakan hasrat untuk menjadikan dia isteri dan masuk meminang

Soalan 12 : Hukum luahkan perasaan pada seorang perempuan tanpa orang tengah?
Jawapan Ustaz : Boleh asalkan ia tidak menimbulkan fitnah dengan berdua-duaan.

Soalan 13 : Apa patut saya buat bila saya sudah jatuh hati?
Jawapan Ustaz : Masuk meminang..

Post ini telah dibaca sebanyak 4455

2 Comments

  1. Hem… Ustaz kata memilih pasangn lbih baik plihan sndiri dri pada pilihan ibu bapa. Tpi skrng ni kbnyakan nya ibu bapa yg mncari kan pasangan untuk anak nya. Dn ramai jga ibu bapa yg brkata pada anak nya. Bahwa mereka x mau kwin anak nya kalu bkan pilihan mereka. Mak sya pn cam tu jga. Napa ya, emm sya bkn nya apa. Dorang x ingat ka masa2x dorang dulu? Kalu ustaz bleh bgi pndapat kat sya… Tlong bgi ya,

  2. Assalamualaikum,
    saya ada beberapa soalan.
    Ibu saya sering berubat dengan seorang wanita. wanita ini tubuhnya akan dimasuk bunian dan mahu dipanggil sebagai “tok”.
    tok ini menyatakan bahawa kekasih saya sekarang ini seorang yang tidak baik begitu juga ahli keluarganya. saya telah berkenalan dengan pasangan saya ini selama 4 tahun, dan telah pun mengenali semua ahli keluarganya. namun, ibu saya bersetuju memisahkan saya dengan pasangan saya ini dengan menggunakan bahan makanan seperti gula-gula atau kopi untuk saya makan. Tok ini ada menggunakan kalimat Allah seperti “bismillah” dan “dengan berkat lailaha illallah” , namun bacaan seterusnya tidak jelas. soalan saya

    1. apakah hukumnya berubat dengan makhluk halus (bunian) ?
    2. adakah jika saya sudah termakan makanan yg telah dijampi tersebut, saya akan didampingi jin atau khadam, dan dialah yg mengakibatkan hubungan saya dan pasangan renggang ?
    3. sekiranya saya telah termakan bahan jampian itu, bagaimanakah saya ingin membatalkannya ? atau menghentikannya ?

    sekian, terima kasih .

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*