Modenas GT 128 Review Selepas 3 Bulan

Pada 31 July 2012, Modenas GT 128 akhirnya menjadi milik aku. Pada asalnya aku nak beli Yamaha LC 135 tapi disebabkan aku rasa motor terlalu panas di kaki pencuri dan harganya agak mahal, aku buat keputusan untuk beli GT 128 ni.

Kat ini motor aku, Modenas GT 128, aku amik kaler hitam dan merah sebab kaler ni nampak smart. GT 128 ini adalah second generation daripada yang pertama. Kalau korang perasan, motor ni famous sebab cerita adnan sempit, hehe..s

Sekarang dah masuk 3 bulan aku naik motor gt 128 ini, aku boleh cakap satu je.. Pick up atau acceleration dia memang tip top. Sama taraf dengan pick up Yamaha LC 135. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dekat traffic light, bila traffic light hijau semua motor berbagai model akan accelerate dan motor GT 128 ini akan sentiasa di depan dengan suku throttle je.

Apa yang best tentang Modenas GT 128 ni?

Sebelum aku bercerita panjang, jom tengok gambar yang aku ambil untuk tatapan korang.

Pandangan Hadapan, Macam lampu lagenda.. Design mata kerengga hehe
Pandangan Belakang, Ekzos memang berkualiti dan tail lamp dia terang sangat
Enjin berkuasa 130CC Dengan TPS System , Memang cukup laju..Teknologi Daripada Kawasaki
Ini depan GT 128, Disertakan Brake Disc dan sport rim
Belakang GT 128, Memang tinggi macam 125Z dan didatangi dengan Brake Disc juga untuk keselamatan.
Meter Digital Menunjukkan Minyak Petrol, Jarak Perjalanan Dan Isyarat bila minyak pelincir perlu ditukar. Semuanya digital macam kereta. Modern Style~
Ini meter dia, memang smart gila.. Ada meter RPM, meter kelajuan dan tepi belah kiri ada meter digital untuk minyak, bateri, minyak hitam dan jarak perjalanan.

Dah puas tengok motor ini? Jom baca pengalaman aku dengan motor ni.

Harga?

Motor ini aku beli cash iaitu RM5,200 dan aku ambil insurans kelas pertama iaitu sebanyak RM250/setahun. Jadi total RM5,450. Harga dia murah dari Yamaha LC yang mencecah RM7000 tu dan kelajuan dan kualiti adalah sama dengan Yamaha LC 135 tu. Pemanduan cukup selesa dengan enjin berkuasa 130CC

Kelebihan Modenas GT 128

  1.  Motor ini acceleration dia memang laju..Setakat 0-60km/h dalam masa 3 saat macam tu
  2. Minyak dia superb jimat gila. Dari pengalaman aku, isi RM7 atau full tank boleh bergerak sejauh 180km dengan kelajuan purata 80km/h.
  3. Cengkaman brake disc depan dan belakang memang terbaik sebab motor ini dia laju jadi brake disc amat diperlukan untuk tujuan brek secara tiba-tiba. Jadi tak bimbang bila naik laju sebab boleh brek bila-bila masa.
  4. Tayar dia memang orang cakap hampir perfect, tak lari bila ambil selekoh walau dalam kelajuan tinggi. Tapi berhati-hati kalau ada pasir sebab tayar dia bukan untuk jalan yang berpasir.
  5. Lampu dia pulak memang terang benderang. Serius macam spot light kalau malam2..
  6. Meter dia pulak memang lawa sebab dia digital. Ada meter RPM dan meter digital tu akan mengeluarkan isyarat bila bateri lemah dan bila minyak hitam perlu ditukar. Hampir semuanya elektronik.
  7. Body motor pulak memang ni lah motor paling besar dan lebar dalam keluarga motor bawah 130CC. Dengan body yang besar, berat dan lebar ini adalah bertujuan untuk stabilkan motor bila dalam kelajuan tinggi. Jadi rasa lebih selamat dan stabil.
  8. Bunyi motor, bunyi dia tak payah cakap.. Memang tak sama macam bunyi kriss tapi macam bunyi Yamaha Lagenda. haha.
  9. Top speed pulak boleh cecah 140km sejam. Aku pernah kejar Yamaha LC, memang sama laju dan sama pick up hehe..

Keburukan Modenas GT 128

  1. Hendal gegar bila dalam kelajuan tinggi, aku dah ketatkan atau beratkan sikit hendal jadi masalah ini settle
  2. Motor terlalu berat jadi kalau korang nak keluar dari parking tu memang penat la sikit. Pakai banyak tenaga untuk reverse dengan kaki.
  3. Susah nak start, ini memang masalah yang tak boleh diselesaikan kecuali korang tukar karburator dia. Memang korang adjust angin atau besarkan minyak, benda ni tetap takkan settle. Sebab motor ini dicipta untuk penjimatan minyak jadi karburator dia kawal jumlah minyak yang masuk. Selain tu ada TPS system jadi tu yang susah nak start terutama pagi-pagi.

Pendek cerita aku berpuas hati setelah hampir 2500Km jarak aku bersama dengan motor Modenas GT128 ni. Memang harga murah, kualiti dia bagus.. Terbaik la modenas. Dan kalau korang tak tahu, enjin motor ini adalah teknologi Kawasaki iaitu pengeluar motosikal berkuasa tinggi sebab tu motor Modenas GT 128 ini dia dikategorikan sebagai motor yang makan hujung atau top speed yang tinggi.

 

 

Post ini telah dibaca sebanyak 37555

28 Comments

  1. Salam.. Nk tnye lah..ape yg ko ketatkn pd handle..dan mcm mne ko brtkn handle moto tu..leh kongsi ckit..sbb aq jgak pgguna modenas gt128…
    Terima kasih..:)

  2. laaaouwei…blh hang tutuh smp 160kmj. awat aq pny blh smp 145 sj? aq dh tkar spoket lg 14-39 pon blh tibai tkat lam 140kmj tp mngerang enjin. cer kongsi sket kpoweran gt128 hang…

    • spoket blakang kecik kn laa,pakai 35, better pkai 15-35..ketatkan handle wat kat kedai,nnt nak men lap sedap..

  3. salam otai2…untuk masalah hidupkan enjin yang pagi2 hari 2..sebenarnye xde masalah..saya baru pakai moto nie n insyalah tiada maslah lg..sbb untuk start moto dalam enjin sejuk kita kena tarik chok, dulu. itu dalam minual book yang kilang bagi.

  4. salam semua,saya guna 2nd generation gt128,bulan 10 ni genap setahun.untuk plug saya guna iridium dan laraskan choke sekali gus.mudah dihidupkan walaupun tinggal seminggu out station.janji minyak penuh kalau nak tinggal untuk jangka masa panjang.top speed sekadar 130 sahaja.ok la dengan berat badan pun cecah 80kg.harga beli dalam 4900 sahaja dengan first party-zurich ins..setakat la tak tukar apa apa lagi just spark plug dan odo dah melepasi 7500 lebih.minyak guna BRAND ROCK OIL 10-40W(minyak x kurang sangat walaupun hingga ke penukaran seterusnya.)memang terbaik.

  5. salam.. saya guna gt128 ni dah lebih 3 tahun dah.. kalau nk jalan jauh moto ni memang sesuai sedap bila berada ats htwy.. topspeed sy boleh dapat 155-160km/h metin….

  6. Salam…nak tanyalah.aku br bli gt128 2nd hand tahun 2012.bila meter naik 140 bukan stakat handle gegar..dengan body pun gegar..otai2 tau pe punca n penyeleaaiannya? mohon bantuan dan pencerahan..

  7. Aslkm.nk tye lah apsal aq pye motor gt mcm lambat pick up gear 1 ,2 OK tapi.. masuk gear 3 ke gear 4 tetibe dia mcm siput sikit..memang macam tu ke?

  8. aku bru pakai jaa gt128 niy terbaik arrr……aku lejan aritu dapt 130 km/h layann……semua standard…..cuma nk tanya gt128 ada cutoff kaa????

  9. Tyar motor ni mg licin time hujan. Ak nyaris nk aksiden dan maut. Problem ni mg serius. Xtaw la kilang atau kedai yg buat mslah ni.. Boleh pergi 120km je.. Apeke.. Tp mtor fl ni mg best bg aku.. Tp tu la prpblem. Dia..

  10. Assalam..reason yg sama aku pakai gt pasal lc135 moto panas…pakai sejak 2012…skang dh 2 taun lebey….nk kasik review cket;
    yg best
    1)moto ni berat cket, jd lebey stabil dr wave /lc…bwk highway mmg xgoyang..corner pun best…klu standart mmg mcm nk mmbuang jadik aku tukar tayar yg ada bunga kat side tu(ape ntah nama dia)…mmg best layan lap..
    2)odometer digital yg bagus pasal ada jam….jdi mudah aku nk kejo masa pasal lambat nk masuk opis.selain itu, stiap 2500km logo minyak akan brkelip menandakan dh kena tukar minyak itam..mmg xpayah nk kira2 odo ke apa….
    yg xbest
    1)top speed mmg buley pergi 130/140 tpi meter dia ringan walhal klajuan sebenar dalam 120/130 je..try la dgn moto lain..seiring sejalan
    2)brake pump/valve blakang problem…kekadang lekat… aku tanya pomen, dia pun ckap mmg ada bbrapa gt yg alami masalh sama…kena tukar valve tu…3 kedai dh aku hntr rpair tpi semua suruh tukar…aku malas tukar pasal duit xde…….
    3)ngam 2 taun batte kong….
    4)karburator skali masuk air…aku pun xtau cmne buley masuk air..jdi survis karberator je…
    5)meter minyak digital pening…,minyak banyak lagi tpi dh berkelip..refer pomen, sruh tukar pelampung…aku xtukar jgak pasal duit xde…

  11. aq pun pngguna gt128 gak..best giler wey..tp aq cover gt ne aq kurang skit lah..korang rasa dpt tak tukar ngan cover lc 135 v2 ??

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*