Samsung Galaxy Note 10.1

Samsung telah mengeluarkan model terbaru galaxy note iaitu Galaxy Note 10.1 dengan paparan skrin yang lebih besar, pemprosesan yang lebih laju. Ternyata model baru ini adalah saingan yang sengit kepada iPad keluaran Apple Inc.

Galaxy Note 10.1 ini hadir dalam kapasiti storage 16GB dan 32GB dan 64GB yang pasti cukup untuk memenuhi kehendak korang yang suka layan media seperti lagu,movie dan gambar. Jika 16Gb dan 32Gb tidak cukup, anda boleh meletakkan MicroSD sehingga 64GB! Wow…

Model ini juga dilengkapi dengan pen untuk touch screen. Ia adalah lebih kepada produktiviti dalam erti kata lain untuk orang yang belajar atau bekerjaya. Dikuasakan oleh 2GB RAM untuk aplikasi atau games yang memerlukan kuasa pemprosesan dan RAM yang tinggi.

Untuk yang suka mengambil gambar, pasti anda sedikit kecewa kerana model ini hanya mempunyai 5MP kamera dengan fungsi autofokus dan LED Flash. Kamera depan juga hadir untuk membuat panggilan video atau skype bersama rakan korang. Kamera depan hanya 1.9 MP, lebih kurang kemera laptop la 2MP.

Di bawah ialah spec untuk galaxy note 10.1

Operating system : Android 4.0.3 (ice cream sandwich) tapi upgradable kepada Android V4.1
Chipset: Exynos 4412
CPU : Quad-core 1.4 GHz Cortex-A9 (quad core untuk multitasking, terbaik)
GPU: Mali-400MP (kurang memuaskan untuk grafik yang cantik)
GPS: Yes
Wireless/ Bluetooth/ Infrared/ USB : Yes/Yes/Yes/Yes
Battery : Standard battery, Li-Ion 7000 mAh
Berat: 1.10 W/kg (body)

Jom layan video Official dari SAMSUNG tentang model terbaru Galaxy Note 10.1

Post ini telah dibaca sebanyak 3172

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*