Isu PTPTN Dimansuhkan Oleh Kerajaan

Semenjak beberapa hari kebelakangan ini, isu PTPTN kembali hangat dibincangkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Kita tidak menafikan peranan penting PTPTN dalam memberikan peluang kepada ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat varsiti. Namun, adalah malang apabila sistem PTPTN dicemari dengan amalan riba’.

Benar, untuk meletakkan hukum sama ada caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN sebanyak 3% itu adalah riba’ atau tidak, kita perlu merujuk kepada pakar dan ahli dalam bidang tersebut. Justeru, dengan merujuk kepada para ulama’ dan pakar ekonomi Islam, kita akan menemukan kepada jawapan bahawa caj perkhidmatan itu adalah riba’. Sila rujuk kepada artikel tulisan Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Haji Dusuki dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.
Malang sekali, ramai pihak masih gagal menanggapi riba’ sebagai satu kesalahan besar. Rujuklah para ustaz dan ulama’ dan kita akan menemukan hadis-hadis yang meletakkan kesalahan riba’ itu sebagai dosa yang sangat besar, sehingga diibaratkan dosa riba’ yang paling kecil sekalipun adalah setaraf dengan dosa berzina dengan ibu sendiri. Malah, dalam hadis yang lain Allah S.W.T. dan Rasulullah mengisytiharkan perang terhadap orang yang mengamalkan riba’! Bukankah itu hujah yang sangat jelas yang menggambarkan betapa beratnya dosa riba’ itu? Seandainya kita benar-benar memahami betapa besarnya kesalahan riba’ itu, maka pastinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar daripada apa-apa sistem yang melaksanakan riba’.
Soal pemabayaran balik wang pinjaman PTPTN semasa pengajian sememangnya amat tidak wajar. Praktis seperti itu hanya akan mendorong para pelajar untuk menjadi lebih materialistik, dan akhirnya mengurangkan fokus mereka kepada proses pembelajaran dan pendidikan yang sebenarnya merupakan tugas utama mereka. Mungkin benar, bahawa para pelajar pada hari ini sama ada bekerja atau tidak, memang tidak fokus kerana pelajar kekurangan sikap dan tabiat yang positif. Tetapi, tidak semua pelajar begitu! Juga, adakah hanya dengan alasan seperti itu kita ingin terus menggalakkan lagi para pelajar untuk tidak fokus kepada pengajian dan pendidikan? Kesempitan kewangan adalah antara faktor penting yang mendorong kepada berlakunya banyak jenayah. Apakah kita ingin menekan kehidupan para pelajar sehingga akhirnya mereka terpaksa mengambil jalan keluar mudah dengan melakukan jenayah?
Adalah tidak adil untuk saudari Normaliza menggunakan contoh pelajar yang belajar di luar negara sambil bekerja lalu mencapai kecemerlangan sebagai justifikasi untuk mengatakan bahawa tidak ada masalah untuk pelajar bekerja dan mencapai kecemerlangan dalam masa yang sama. Perlu diingat ada banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum sesuatu kesimpulan itu dibuat. Sebagai contoh, pelajar yang sekadar bekerja mencuci tingkap universiti setiap pagi di United Kingdom sudah boleh mendapat gaji yang mencukupi untuk menampung kehidupannya setiap bulan, dan masih boleh membuat simpanan. Adakah peluang pekerjaan yang sebegitu mudah dengan gaji yang sebegitu lumayan wujud di negara kita? Itu belum lagi mengambil kira soal norma masyarakat serta soal galakan daripada pihak universiti dan kerajaan.
Tentang isu caj 1%, ini adalah isu riba’ yang dikenali sebagai sistem ujrah. Pihak PTPTN berpendapat bahawa 1 % tersebut adalah caj perkhidmatan yang dikenakan untuk membayar gaji pekerja, adakan ceramah PTPTN dan sebagainya. Tetapi kita sedia maklum 1 % caj tersebut akan meningkat setiap tahun. Jika si peminjam tidak mampu untuk membayar pada tahun pertama, pada tahun kedua, caj akan meningkat kepada 2%. Kita ketepikan soal kemampuan. Sama ada seseorang itu mampu atau tidak, bukan isunya kerana riba’ tidak mengambilkira sama ada seseorang itu mampu atau tidak membayar balik dengan tambahan caj. Sebab itu saya menulis di atas bahawa riba’ ini adalah satu dosa yang besar. Jangan dipandang enteng soal kesalahan riba’!

Kewujudan PTPTN itu sendiri adalah disebabkan oleh kos pengajian yang terlalu tinggi yang tidak mungkin mampu dibayar oleh ramai orang jika tidak ada bantuan. Soalnya, mengapakah perlu kos pengajian itu begitu tinggi? Kalau benarpun kos pengajian itu memang perlu tinggi untuk menampung gaji pensyarah, fasiliti dan sebagainya, mengapa tidak disubsidikan sahaja? Mengapa wang peruntukan untuk PTPTN itu digunakan sebagai pinjaman? Mengapa tidak sebagai subsidi? Adakah kerana kita tidak meletakkan pendidikan itu sebagai suatu yang penting? Kalau kita mampu membina menara berkembar Petronas yang terlampau tinggi itu, mengapa tidak kita menampung kos pendidikan? Kalau kita mampu membina kota Putrajaya yang begitu indah dan menelan belanja yang berbillion ringgit jumlahnya, mengapa tidak kita membayar kos pendidikan untuk pelajar kita? Adakah pembangunan fizikal itu jauh lebih penting daripada pembangunan insan? Sila kaji kos pendidikan serta bantuan kewangan yang ada di United Kingdom, Jerman dan Amerika Syarikat. Kemudian, fikirkan dengan akal yang cerdik dan rasional!
Dan baru-baru ini, mahasiswa melakukan demo untuk memansuhkan PTPTN dan admin amat tidak bersetuju dengan demonstrasi ini, mereka ini adalah golongan berpelajaran jadi amatlah tidak wajar melakukan kekecohan seperti ini. Mereka ini tidak bersyukur dengan bantuan kerajaan. Kerajaan Malaysia akan kerugian RM43 Billion.

Kenyataan Terbaru Mengenai Isu Pemansuhan PTPTN

Dana PTPTN tidak akan dimansuhkan

KUALA LUMPUR 6 Mei – Kerajaan tidak bercadang memansuhkan dana Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana ia diperlukan bagi membiayai pendidikan dalam
bentuk pinjaman kepada pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, ia selaras dengan
hasrat kerajaan untuk memastikan tidak ada pelajar yang gagal me- masuki institusi
pengajian tinggi (IPT) atas sebab kewangan.

Menurut beliau, bayaran balik pinjaman PTPTN tidak membebankan kerana peminjam hanya
perlu berbuat demikian, enam bulan selepas tamat pengajian dengan kadar serendah RM70
sebulan bergantung kepada jumlah pinjaman.

”Sebarang dakwaan kononnya pinjaman PTPTN membebankan adalah tidak benar sebaliknya
ia satu kemudahan pin- jaman kewangan yang berkesan kepada mereka yang layak,”
katanya.

Beliau menjawab soalan Taib Azamuddin Md. Taib (Pas-Baling) yang ingin tahu sama ada
kerajaan bercadang menghapuskan dana PTPTN.

Khaled memberitahu, pelajar yang masih belum memperolehi pekerjaan atau melanjutkan
pengajian ke peringkat lebih tinggi boleh menangguhkan pembayaran.

Katanya, di samping PTPTN, kerajaan masih menyediakan biasiswa kepada bumiputera dalam
bidang tertentu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mara dan agensi kerajaan yang
lain.

“Tahun ini sahaja, kerajaan menaja 2,000 pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara dan
10,000 lagi di dalam negara.

“Selain itu, JPA juga akan menaja semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
memperolehi 9A ke atas, untuk melanjutkan pelajaran sama ada ke Tingkatan 6 sekolah
bantuan penuh kerajaan atau pusat-pusat matrikulasi,” katanya.

Bagi memastikan pinjaman dana itu tidak membebankan, Khaled berkata, kementerian
sedang mengkaji semula perjalanan operasi PTPTN termasuk kadar tiga peratus yang
dikenakan kepada peminjam.

“Kajian itu bertujuan mengenal pasti kadar yang dikenakan itu benar-benar menepati kos
operasi dan tidak membebankan peminjam.

“Kementerian juga akan mengkaji perubahan sistem fungsi kutipan balik pinjaman PTPTN
yang akan mengambil kira pandangan semua,” katanya menjawab pertanyaan Nasharudin
Mat Isa (Pas-Bachok).

Antara suspek yang dicari dalam demonstrasi pemansuhan PTPTN

Kan tak pasal-pasal dapat penyakit, lain kali jangan cuba lawan kerajaan. Kerajaan dah tolong dengan memberi bantuan PTPTn pun tidak bersyukur lagi ke? Admin pun ada hutang rm9,000 tetapi admin tidak sokong pemansuhan PTPTN kerana ia adalah bantuan kewangan jadi kenapa mempersoalkan lagi bantuan ni?

Post ini telah dibaca sebanyak 1009

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*