Petua Tradisional Merawat Penyakit Gastrik

Gastrik adalah penyakit yang menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. Penghidap gastrik yang kronik biasanya  dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. Antara penyebab gastrik yang utama ialah pengamalan waktu makan yang tidak statik dan tidak teratur. Acapkali penghidap gastrik terpaksa meminum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat. Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus di ganggu oleh penyakit ini, ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakan cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut. Jadi, apakata jika anda mencuba petua 8 cara merawat gastrik ini.

1. Susu kambing

Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.

2. Daun betik

Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.

3. Akar patawali

Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.

4. Selaput tunggul

Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.

5. Daun sembong

Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.

6. Daun mengkudu

Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.

7. Daun bunga lili

Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.

8. Tempurung kelapa

Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.

Post ini telah dibaca sebanyak 771

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*