Makan mayat rakan untuk hidup

MOSCOW: Dua rakyat Russia yang diselamatkan bulan lalu selepas empat bulan hilang di hutan di timur jauh di negara itu memakan mayat rakan mereka untuk terus hidup, lapor akhbar Isnin lalu.

Sekumpulan empat lelaki hilang Ogos lalu dalam ekspedisi menangkap ikan di sungai di wilayah Yakutia, satu daripada kawasan paling terpencil dan tidak menyenangkan di dunia. Hanya dua daripada lelaki terbabit akhirnya diselamatkan dengan helikopter akhir bulan lalu dan penemuan cebisan mayat manusia di kawasan perkhemahan mendorong penyiasat membuka kes bunuh ketika khabar angin mengenai kanibalisme kian meningkat. Dua lelaki yang terselamat ditahan, tetapi disifatkan sebagai saksi dalam kes bunuh itu. Bagaimanapun, penyiasat yakin bahawa kanibalisme berlaku.

“Ketika disoal siasat, seorang daripada saksi memberi keterangan kanibalisme memang berlaku,” kata sumber penyiasatan itu kepada akhbar harian Komsomolskaya Pranda. “Ia bukan pembunuhan.

“Mereka memakan mangsa selepas dia mati akibat tidak dapat bertahan dengan keadaan dilaluinya,” katanya. Laman web berita Yakutia, NVPress.ru turut memetik kenyataan penyiasat tempatan yang berkata, nelayan bernama Alexander Abdullayev mengakui dia dan seorang lagi rakan yang terselamat, Alexei Gorulenko memakan mayat Andrei Kurochkin. “Menurut Abdullayev, Kurochkin mati akibat kesejukan. Dia dan Gorulenko memakan mayat Kurochkin selama beberapa linggu, lapor NVPress.ru. – Agensi

Post ini telah dibaca sebanyak 847

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*