OKU Dalang Mencuri Kereta Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempang yang amat dikehendaki polis kerana disyaki mengetuai satu sindiket mencuri kereta akhirnya dicekup dalam keadaan aib ketika dia menyorok di dalam longkang berhampiran Jalan Loke Yew, di sini, awal pagi semalam.

Orang kelainan upaya (OKU) berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi dan sebelum itu, dia dengan bersenjatakan pisau mencuri sebuah Proton Wira milik seorang lelaki di Jalan Kampung Pandan, di sini, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Pemilik Proton Wira itu, Mat Nawai Ariffin, 53, berkata, dia bersama menantu perempuan dan cucu sulungnya yang berusia sebulan bernasib baik kerana tidak diapa-apakan suspek.

“Saya bernasib baik kerana sempat mengeluarkan cucu dari kereta sebelum lelaki tempang bersenjatakan pisau itu melarikan kereta yang diletakkan di hadapan rumah,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama menantu dan cucunya baru tiba di rumah dari Sungai Besi dan menyedari kehadiran suspek membeli rokok di restoran bersebelahan rumahnya.

Post ini telah dibaca sebanyak 753

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*