Panggilan Telefon Terputus?

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1.3 peratus kadar panggilan terputus direkodkan separuh pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata, jumlah itu menepati standard mandatori perkhidmatan syarikat telekomunikasi bagi menangani isu panggilan terputus iaitu tidak melebihi lima peratus.
“Standard mandatori ini adalah standard minimum yang mesti dijaga oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam penawaran perkhidmatan mereka kepada pelanggan,” katanya menjawab soalan Senator Mohd Khalid Ahmad pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Salang berkata, setiap penyedia perkhidmatan diwajibkan menyerahkan laporan setengah tahun yang akan diaudit Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara rawak bagi memastikan kesahihannya.

Beliau berkata SKMM turut memantau laluan penting telekomunikasi di seluruh negara dengan membuat pandu uji setiap bulan.

“Bagi pengujian di laluan penting ini pula, kadar panggilan terputus tidak melebihi 2.56 peratus,” katanya.

Post ini telah dibaca sebanyak 604

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*