Celcom tawar pelan iPad generasi ke-4

CELCOM Axiata Bhd (Celcom Axiata) kini menawarkan iPad generasi keempat berserta WiFi dan selular serta iPad mini dengan WiFi dan Selular mulai semalam.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, ia menawarkan iPad baru itu yang disertakan pelbagai pelan data yang menarik yang membolehkan pelanggan dihubungkan ke rangkaiannya yang pantas pada kelajuan sehingga 7.2Mbps.
“Tidak lama lagi, iPad Mini dan iPad generasi keempat akan dapat mengambil kesempatan daripada kelajuan sepantas kilat 4G LTE (evolusi jangka panjang) rangkaian Celcom yang dirancang syarikat ini untuk dimulakan tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. – Bernama

Post ini telah dibaca sebanyak 693

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*