Maklumat Tentang Latihan Jururawat Dan Jururawat Masyarakat

Syarat-syarat dan maklumat tentang interview latihan jururawat (diploma) bagi separa perubatan (SPA8)

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan:

3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
1 tahun (bagi calon KPSL daripada Jururawat Masyarakat)

Biasiswa Semasa Latihan: RM621.21 sebulan (bakal dinaikkan)

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
Kolej Kejururawatan Melaka
Kolej Kejururawatan Muar, Johor
Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia

ii) Umur:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan:

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.

Syarat-syarat dan maklumat tentang interview latihan jururawat masyarat (sijil) bagi separa perubatan (SPA8)

Jantina: Perempuan sahaja

Tempoh Latihan: 2 tahun 6 bulan

Biasiswa Semasa Latihan: RM517.15 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:

Kolej Jururawat Masyarakat, Pasir Mas, Kelantan
Kolej Jururawat Masyarakat, Jerantut, Pahang
Kolej Jururawat Masyarakat, Kluang, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Batu Pahat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Segamat, Johor
Kolej Jururawat Masyarakat, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kolej Jururawat Masyarakat, Kulim, Kedah
Kolej Jururawat Masyarakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kolej Jururawat Masyarakat, Serian, Sarawak
Kolej Jururawat Masyarakat, Tawau, Sabah

Syarat Latihan:
i) Warganegara Malaysia

ii) Umur:

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

iii) Kelayakan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iv) Keutamaan:

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Jururawat Masyarakat apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di para (iii) di atas; dan
berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh lantikan.

Perhatian:
Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat sijil akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19.

Info Tambahan : Tips Lulus Temuduga

Semoga Lulus Temuduga Dengan Jayanya!

Bahagian 1 – Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal

Bahagian 2- Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan

Bahagian 3- Tips Temuduga SPA 3- Peringat Akhir

Tips Lulus – Soalan dan Tips Lulus Temuduga SPA Separa Perubatan Berdasarkan Pengalaman Saya

Contoh ResumeContoh Resume Untuk Interview SPA8.

Juruteknologi Makmal Perubatan – Apa Itu Kerjaya Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan?

Jururawat / Jururawat MasyarakatSyarat Kemasukan Untuk Jururawat Dan Jururawat Masyarakat

Pegawai Farmasi Dan Pegawai Perubatan- Syarat Kemasukan Untuk Penolong Pegawai Farmasi Dan Penolong Pegawai Perubatan

Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray – Syarat Kemasukan Untuk Juruteknologi Pergigian Dan Juru X-Ray

Post ini telah dibaca sebanyak 19559

41 Comments

  1. ara says:

    asskum,nk tnya boleh x guna slip spm utk pe temuduga spa???
    [utk budk lepasan spm yg blom mndpt sijil spm dr pihk sk]?????

  2. zai says:

    bleh x klau ktew da stdy tpi nk amik spa,,,…????

  3. NURUL ASMIDA BT ABD RAHAMAN says:

    sy brminat sgat dlam bdang separa prubtan nie..
    sy plajar lpasan spm2012 dan blum mmasuki mne2 kolej o unvrsiti lg.. sy brharap sgat2 sy dpat mmsuki kolej kejururwatan nie..
    sekian..

  4. bylla says:

    salam sjahtera..sy nak tanya panggilan temuduga ada berapa kali? Sekali jew ka?

  5. siti munirah bt deraman says:

    SY AMAT BERMINAT SGT LAM BIDANG INI….
    TAPI KNP PERMOHONAN SY BLUM ADE RESPON
    …… ???

  6. Zariq says:

    Hahahahaha rilek jela, permohonan saya pun bukan main lama lagi smpai skrg tak approve2

  7. maya says:

    hope sya llus intrview ahad ne
    doa kan sya k

  8. kecik says:

    nk tnya biasanya brpa org pnmuduga yang ada d dlm bilik tu?
    bg tips skit ke ttg latihan jururwat ?

  9. azie says:

    salam ai byk sgt kh soalan yg di tnya tmuduga nt…? sya xtmudga lgi dh rs gmentar…temuduga sya ahad ni..doakan sya yeaa..sya harap kwn2 lain yg akn g tmuduga nt dpt cuba yg trbaik n brjaya.

  10. adira says:

    terima kasih untuk tips2 ini .:)

  11. akma says:

    dpt temuduge ke??

  12. ina says:

    terima kasih tentang maklumat temuduga yang diberi,,,saya akan menjalani temuduga spa untuk kursus kejururawatan,,,,doakan saya lulus dan diterima untuk menjalani latihan selanjutnya…

  13. syahirah says:

    31.10.-temuduga. . doakan yg terbaik utk sy. .

  14. norhafizah says:

    esok dah nak pg temu duga…boleh tak tolg bagi tips apa yang akan dorang tanya…takut laa….tapi nak sangat…..macam2 yang ada kat fikiran.

  15. sue comey says:

    salam.sy dpt tmuduga latihan jururawat 31/10 ni.tp xtau lp nk p atau x,sbb kptsn calon simpanan utk jururawat masyarakat dh dpt,sy dpt utk latihan jm tp kolej je blm tau lg kt mne..so,ptt x kalau sy prgi tmuduga jururawat hujung bln ni?sbb jm kan sjil je..apa pndapat korang?thanks^_^

  16. zuLhafsham says:

    aku baru tengok blog ni… esok aku dh kena pegi interview.. aku org srawak.. mati lah aku..kalo ada sesiapa yg ada info psl ni,share la kat aku ckit… :D help me!!!!!!!!!!!

  17. wany93 says:

    salam,,,sy naa tahu ape dye cntoh2 soalan yg bkal ditanye tyme interview nty yeaaa. .,coz 31/10 ney sy nak g interview daa, ,tkotnyeee, ,

  18. sue comey says:

    hai,ad x spe2 yg dpt jm kolej jerantut intake jan 2013 ni?

  19. melissa vivian edward says:

    Saya ingin memohon kemasukan jururawat masyarakat.sila kol 0198097947

  20. vaany says:

    hi…saya da pergi interview pada 06/11/2012,di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah…keputusan keluar pd 10/12/2012.I rasa sgt nervous.i berharap dan yakin lulus dan terima utk menjalani latihan selanjutnya.Plz tlg doakan utk sye yew…:)

  21. yaya93 says:

    assalam ..
    Sy da pegy interview untuk latihan jururawat pd 31.10.2012
    Alhamdulillah dpt jwb sume soalan dan dpt 2 org penemuduga yg sgt3 baik ..
    Skrg, result da kua dan sy dapat ! Huhu ~
    Syukur :)

  22. herlina says:

    terima kasih atas infonya

  23. noniey says:

    saya sgt berminat dalam bidang ini..tapi saya mintak tolong saudari/saudara bagaimana untuk saya memasuki dalam bidang ini…sgt2 mengharapkan..

  24. liya92 says:

    slm sume..laaa..nves gler arr..luse dh nk ntview..hmm..mdhan dpt jwp..amin..

  25. shahidatul says:

    Saya berminat sgt bidang ni. Skarang ni boleh x bgtau bila plak temuduga ni akan jalankan dan dimana?

  26. atiqah says:

    salam,,minat sgt2 bidang ini,,berharap agr dpt untuk pengambilan jun 2013,,tolonglaa,,

  27. akma berharap says:

    aq nk plezzz…klu x aq bn0h se sgok mnde ni..0wg,,,hakhakhak
    klu laki brn0k gne

  28. mu gile eh mne ade laki branok!!!!!!!

  29. Gracy says:

    nk tnya ni.sy bru je abis bljr.dan lulus ljm n sudah apply spa.tp msalahnya,umur dah msk 27 n matematik sy tk krdit.ada ke permohonan sy akan di tolak?

  30. QUREN says:

    HYE. .sy tgah tggu result JM nie. .huh!!. .berdebar sngt2 nie. .nk nangis pwn ada. . .Isnin nie result kluar. .xlena tidur sy dibuatnya. sy berharap sngt2 . . .tolong doakan sy k. . .


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>