Ujian Anti Human Globulin

PENGENALAN

 

Pada 1945, Coomb’s Mourant dan Race telah menjalankan suatu ujikaji untuk mengesan Rh antibodi yang menyelaputi serum. Tidak lama selepas itu, ujian yang sama telah digunakan untuk mendemonstrasikan agglutinasi secara in-vivo antara sel darah merah(SDM) dan antibodi atau komponen komplemen. Ujian ini sekarang lebih dikenali sebagai Antihumanglobulin Test(AHG). Dua bentuk ujian ini yang selalu digunakan dalam immunohematologi adalah direct antiglobulin test(DAT) dan indirect antiglobulin test(IAT). DAT merupakan prosedur diagnostik yang selalu digunakan untuk mengesan agglutinasi in-vivo antara SDM dan antibodi atau komplemen. Ia digunakan dalam penyiasatan   penyakit autoimmune hemolytic anemia(AIHA), drug-induced hemolytic anemia(DIHA), hemolytic disease of newborn(HDN) dan juga mengesan reaksi alloimmune kepada pesakit yang baru menjalani pemindahan darah. Manakala IAT pula digunakan untuk melihat reaksi agglutinasi in-vitro antara SDM dan antibodi yang menyelaputinya, dan ianya digunakan dalam ujian saringan antibodi, pengenalpastian antibodi, ujian kumpulan darah dan juga ujian keserasian darah.

 

PRINSIP UJIAN ANTIGLOBULIN

 

Sel darah merah yang diselaputi dengan komplemen atau antibodi IgG tidak akan bergumpal secara langsung apabila diempar. Sel-sel dikatakan telah diselaputi dengan IgG atau komplemen. Untuk sesuatu agglutinasi berlaku perlu kepada antibodi tambahan, yang mana akan bereaksi dengan bahagian Fc pada antibodi IgG, atau dengan komponen C3b atau C3d komplemen, ditambah kepada sesuatu sistem. Proses ini akan membentuk ‘jambatan’ antara antibodi atau komplemen yang menyelaputi sel darah merah, seterusnya akan menyebabkan agglutinasi.

 

JENIS – JENIS UJIAN ANTIGLOBULIN

 

Ujian asal yang telah dijalankan oleh Coombs dan Mourant adalah untuk mengesan antibodi, khususnya dalam sistem Rhesus, yang mana dapat menyebabkan HDN, adalah telah diklasifikasikan sekarang sebagai Indirect Antiglobulin Test. Terdapat dua jenis ujian antiglobulin iaitu:

 

1) Direct Antiglobulin Test (DAT) – digunakan untuk mengesan antibodi atau komplemen yang menyelaputi sel pesakit secara in-vivo.

 

2) Indirect Antiglobulin Test (IAT) – menggunakan teknik pengeraman pada suhu 37°C supaya serum yang digunakan dapat bertindakbalas dengan antigen pada sel secara in-vitro. Selepas sel dibasuh, bahan uji antiglobulin digunakan untuk mengesan antibodi yang menyelaputi sel.

 

Bahan Uji

 

            Kaedah penghasilan bahan uji Anti-Human globulin (AHG atau Coombs) adalah dengan menyuntik arnab dengan IgG atau C3 manusia yang telah ditulenkan, kemudian antibodi yang dihasilkan oleh arnab tersebut akan dituai. Bahan uji AHG monoclonal  juga dapat dihasilkan melalui teknologi monoclonal. Secara spesifiknya bahan uji AHG boleh dibahagikan kepada dua iaitu Polyspesific AHG yang mengandungi campuran Anti-IgG dan Anti-C3b dan bahan uji Monospesific yang mengandungi sama ada Anti-IgG atau Anti-C3b.

INTERPRETASI UJIAN ANTIGLOBULIN

 

Sama ada sel coated, atau sensitized, secara in-vivo atau in-vitro interpritasi akhirnya adalan berdasarkan prosedur di bawah;

 

 Ujian AHG Positif

 

            Ringkasan tindakbalas ujian AHG adalah seperti berikut. Tindakbalas antigen-antibodi adalah sama ada in-vitro atau in-vivo, sel diselaputi dengan IgG atau komplemen. Sel akan dibasuh 3-4 kali untuk membuang antibodi atau komplemen bebas yang tidak terikat pada sel, menyebabkan antibodi atau komplemen yang tinggal hanyalah pada sel darah sahaja. Bahan uji AHG ditambah dan antibodi didalamnya akan bertindakbalas dengan antibosi dan komplemen pada sel darah seterusnya akan menyebabkan agglutinasi. Jika tiada agglutinasi berlaku bahan uji Coombs control cell (CCC) ditambah sebagai tindakan kawalan.

Penerangan Bergambar:

 

Ujian AHG Positif

 

Sel akan dibasuh 3-4 kali untuk membuang antibodi atau komplemen bebas yang tidak terikat pada sel.

Antibodi atau komplemen yang tinggal hanyalah pada sel darah sahaja

Bahan uji AHG ditambah

Agglutinasi berlaku

 

Ujian AHG Negatif

 

Sel akan dibasuh 3-4 kali, tiada antibodi yang terikat pada antigen semasa pengeraman

Bahan uji AHG ditambah dan tiada agglutinasi berlaku. Oleh itu ujian AHG adalah negatif

Bahan uji CCC ditambah

sel kawalan beragglutinasi dan sel ujian kekal tidak beragglutinasi

  

DIRECT ANTIGLOBULIN TEST (DAT)

 

DAT mengesan penyelaputan sel pesakit secara in-vivo, sama ada antibodi IgG, komplemen atau kedua-duanya. Didalam saluran darah pesakit antibodi terikat kepada antigen spesifiknya pada SDM. Ini terjadi dalam kes HDN, reaksi tranfusi dan AIHA. Sesetengah dadah juga dikenlpasti dapat mengaktifkan komplemen dan menyelaputinya secara in-vivo. Apabila darah pesakit tersebut diambil, antibodi dan komplemen sudahpun terikat pada SDMnya. Ujian akan dijalankan untuk mengesahkan keadaan ini

 

Prosedur Ujian

 

Setitik darah pesakit yang telah dimasukkan dalam tiub EDTA diambil dan dibasuh 3-4 kali untuk membuang plasmanya. Sel ini kemudian digunakan untuk dibuat suspensi 3%. Setitik suspensi SDM 3% ini dimasukkan dalam tiub baharu dan tambahkan setitik Polyspesific AHG kedalamnya. Jika positif ujian diteruskan dengan menggunakan Monospesific AHG untuk melihat sama ada antibodi, komplemen atau kedua-duanya yang menyelaputi SDM. Bagi tiub negatif, ujian dieram selama 5 minit sebagai kawalan. Bagi keputusan ujian yang positif, maklumat-maklumat berikut diambil daripada pesakit, iaitu diagnosis (khususnya AIHA, HDN dan reaksi transfusi), jenis ubat yang diambil, rekod pemindahan darah yang terkini dan juga keputusan makmal lain yang dapat membantu ujian ini seperti hematokrit, bilirubin dan LDH.

 

 Punca Klinikal DAT Positif

 

            DAT positif boleh berlaku kepada pesakit normal tanpa sebab yang tertentu. Tetapi antara sebab utamanya adalah reaksi tranfusi. Sebab itulah sebelum sesuatu pemindahan darah dijalankan sampel pesakit akan diuji terlebih dahulu. Sampel post-tranfusion juga diuji kerana antibodi atau komplemen mungkin akan menyelaputi sel penderma. Reaksinya selalunya adalah positif yang lemah atau mixed field kerana ujian dijalankan menggunakan populasi pesakit  dan penderma yang bercampur. Penyakit warm-acting autoimmune juga dikesan dapat membawa kepada masalah DAT positif dan reaksinya adalah agglutinasi positif yang kuat. Manakala cold-acting autoimmune hemolytic anemia yang disebabkan oleh antibodi IgM dapat mengaktifkan tindakbalas komplemen dan kehadirannya dapat dikesan dengan penambahan bahan uji AHG.

 

Penyebab lain untuk DAT positif adalah hemolytic disease of the newborn (HDN). HDN adalah berpunca daripada antibodi IgG ibu yang merentasi plasenta dan akan menyelaputi antigen SDM fetusnya. Sampel darah talipusat semasa bersalin akan diuji dan biasanya agglutinasi yang kuat dapat diperhatikan untuk mengesahkan HDN.  Komplemen pada SDM mungkin boleh menyebabkan DAT positif. Komplemen biasanya diaktifkan apabila kompleks imun hadir dalam plasma dan komplemen aktif ini akan terikat pada SDM. Ia juga boleh diaktifkan oleh mekanisma laluan C3 dan juga semasa proses pengaktifan lectin. Pemindahan antibodi pasif daripada plasma atau platelet penderma boleh terikat pada SDM penerima kerana darah ABO serasi yang diberikan mungkin mengandungi antibodi SDM yang tidak dapat dikesan. Antibodi penderma ini boleh menyelaputi antigen SDM pesakit apabila pesakit kumpulan darah AB, A atau B menerima produk plasma (atau platelet) daripada penderma kumpulan O.

 

Pemindahan ABO yang tidak serasi kepada sum-sum tulang juga boleh menyebabkan DAT positif. Ia biasanya terjadi apabila penderma universal “O” sum-sum tulang menderma kepada penerima kumpulan A, B, atau AB. ‘Limfosit penumpang’ organ penderma O akan bereaksi dengan antibodi penerima A, B, atau AB dan seterusnya dapat mengaktifkan penghasilan komplemen. Ianya adalah biasa untuk individu O untuk menghasilkan IgG anti A,B. Satu lagi penyebab DAT positif adalah sensitization SDM yang berpunca daripada ubat seperti penicillin dan cephalosporins yang biasanya melibatkan penyelaputan tidak spesifik keatas SDM. Dadah lain seperti tetracyclines, antihistamines dan sulphonamides menyebabkan perkembangan kompleks imun yang berupaya mengaktifkan komplemen. Sesetengah dadah, contohnya ibuproten, levodopa dan metyhldopa, memang telah dikenalpasti dapat menyebabkan autoimun.

INDIRECT ANTIGLOBULIN TEST (IAT)

 

IAT merupakan ujian terpenting dan paling banyak digunakan dalam immunohematologi. Penggunaannya termasuklah dalam pengesanan weak D dalam darah penderma dan pada perempuan mengandung yang mempunyai rhesus D negatif, dan pengesanan kehadiran antigen untuk individu dari kumpulan darah Kell, Kidd dan Duffy. IAT juga digunakan untuk mengetahui antibodi dalam serum pesakit semasa penyaringan dan pengenalpastian antibodi.

 

Tujuan IAT dilakukan adalah untuk mengesan sensitization SDM secara in-vitro. Ia dilakukan apabila sensitization tidak menunjukkan agglutinasi langsung, yang terjadi apabila terlalu sedikit antigen pada SDM, terlalu sedikit antibodi dalam serum dan antibodi yang hadir adalah daripada kelas IgG. Prosedur IAT melibatkan pengeraman darah pada 37°C selama 15-30 minit. Sel darah kemudian dibasuh 3-4 kali. Tambahkan bahan uji AHG, empar dan baca keputusannya. Jika ujian adalah negatif tambah CCC sebagai kawalan.

 

Kegunaan IAT

 

            IAT digunakan sepenuhnya dalam penyaringan serum untuk antibodi unexpected yang melibatkan sampel pesakit dan bahan uji screening cells. Screening cells mengandungi antigen spesifik untuk antibodi yang signifikan secara klinikal. Dan jika terdapat agglutinasi selepas AHG ditambah untuk mana-mana (atau kedua-dua) screening cells, pesakit tersebut mempunyai antibodi unexpected dan hendaklah diteruskan dengan ujian pengenalpastian antibodi. Tujuan penyaringan antibodi dilakukan adalah untuk mengelakkan antibodi unexpected dalam darah penderma dipindahkan kedalam darah penerima yang dapat menghalang berlakunya autoimun. Penyaringan antibodi juga dilakukan untuk mengelakkan HDN dengan memastikan serum ibu hamil tiada antibodi unexpected yang dapat bertindakbalas dengan sel darah fetus.

 

Kegunaan lain IAT ialah untuk mengenalpasti jenis antigen SDM. Prosedur ujian ini membabitkan penggunaan SDM pesakit dan reagen antisera dimana SDM pesakit mempunyai antigen yang belum dikenalpasti dan reagen antisera telah diselaputi dengan antibodi yang telah dikenalpasti secara klinikal. Teknik pengenalpastian ini penting untuk pengesanan weak D dan antibodi seperti Kell, Kidd dan Duffy. Semasa ujian ini dijalankan, kontrol positif dan  kontrol negatif hendaklah dilakukan serentak sebagai pengesahan bahawa antisera yang digunakan berfungsi dengan baik.

KESIMPULAN

 

Ujian Antiglobulin, yang dikenali juga sebagai anti-human globulin test (AHG) atau ujian Coombs, merupakan ujian permulaan untuk pengesanan antibodi unexpected yang menyelaputi SDM sama ada secara in-vitro atau in-vivo. Ujian ini terbahagi kepada dua jenis iaitu direct antiglobulin test (DAT) dan indirect antiglobulin test (IAT). DAT digunakan dalam pengesanan penyakit hemolytic disease of the newborn (HDN), reaksi tranfusi dan autoimmune hemolytic anemia (AIHA). Manakala IAT digunakan dalam ujian penyaringan dan pengenalpastian antibodi yang mana ianya penting untuk pengesanan weak D dan antibodi seperti Kell, Kidd dan Duffy.

 

Post ini telah dibaca sebanyak 5506

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*