Kisah Teladan : Manusia Budiman

256245_278094862306792_91818141_o

Petang itu bas-bas saling menyelit untuk berebut penumpang.

Namun ada pemandangan ajaib, di depan bas yang aku tumpangi ada seorang ibu dengan 3 orang anaknya berdiri di tepi jalan.

Setiap kali ada bas yang berhenti dihadapannya, dari jauh aku melihat si ibu berkata sesuatu kepada pemandu bas, lalu bas itu bergerak kembali.

Kejadian itu berulang beberapa kali. Ketika bas yang kami tumpangi berhenti, si ibu bertanya kpd pemandu, “Dik, lalu kat terminal bas ke?”, pemandu bas menjawab,“ya”.

Yang aneh, si ibu tidak segera naik. Dia berkata, “Tapi saya dan ke 3 anak saya tidak ada duit.”

Sambil tersenyum, pemandu itu menjawab,“Tak mengapa makcik, makcik naik saja”, ketika si ibu tampak ragu2, si pemandu mengulangi kata2nya.

“makcik, naik saja..”

Aku terpesona dengan kebaikan pemandu bas yang masih muda itu, ketika waktu sedang sibuk dan bas2 lain saling berlumba untuk mencari penumpang, tapi si pemandu muda ini merelakan 4 kerusi penumpangnya untuk si ibu dan anak-anaknya.

Ketika sampai di terminal bas, si ibu dan 3 orang anaknya tadi turun. Si ibu mengucapkan terima kasih berulang2 kali kepada pemandu muda atas kebaikan hatinya.

Di belakang ibu itu, seorang penumpang turun lalu membayar dengan duit not rm20.

Ketika pemandu muda itu hendak memberi baki kpd penumpang tersebut, penumpang itu menolak dan mengatakan bahawa duit itu untuk bayaran dirinya serta si ibu dan 3 orang anak tadi.

“Terus jadi orang baik ya, dik ” kata penumpang tersebut kepada pemandu muda itu…

Petang itu aku benar-benar kagum dengan kebaikan2 kecil yang terlihat di depan mataku.

Seorang Ibu miskin yg jujur, seorang pemandu yang baik hati dan seorang penumpang yang budiman.

Mereka saling mendukung untuk kebaikan.

Andai separuh saja bangsa kita seperti ini, maka dunia akan dipenuhi oleh kebaikan dan kasih sayang. Teruslah berbuat baik, sekecil apapun ketulusan yang kita buat tentunya sangat bererti untuk orang lain..!!!

Post ini telah dibaca sebanyak 1212

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*