Keberkatan Mencari Rezeki Yang Halal

Baru ini dengar satu ceramah pasal rezeki…. tentang riba… tentang halal haram dalam mencari rezeki… bila dengar sahaja… hati ini jadi gundah gulana… batapa banyaknye rezeki hari ini bercampur aduk dengan yang halal dan yang haram… kenapa hanya ada halal dan haram… tiada makruh ke?… harus ke?… sunat ke?… kerana jika harus dan sunat sudah tentu halal… jika makruh… atau syubahah… maka ulama lebih dekat kepada haram…
Kita ambil duit… tapi kerje tak buat… duit tu haram…
kita outstation tapi tuntut elaun yang tak sepatutnya kita dapat… duit itu haram…
kita kerja dengan bank yang mengamalkan riba… riba tu haram maka duit gaji tu haram…

kita kerja di pasarraya yang jual barang haram dan kita tolong jual seperti arak… daging babi… dan yang seumpamanya… maka perbuatan tu haram dan gaji tu haram…
Banyak sangat yang haram sumber pendapatan hari ini dari yang halal…
Sebab itu ulama kata jiwa-jiwa umat islam hari ini sudah tercemar…
Ada yang kata sikit je haramnye… yang lain halal… tak pa… baiklah… cuba kita masak satu (1) ekor lembu yang halal dalam satu kawah besar.. tak payah sekor… letaklah 10 ekor sekalipun… lepastu campurkan satu (1) kilo daging babi sebagai penyedap rasa… apa hukumnye sekawah daging lembu tadi… sudah pasti haram hukumnya… sama juga dengan rezeki kita walau bercampur sedikit pun haram hukumnya… kena pulak kita tahu rezeki tu haram…
Bukan setakat itu… ada ulama kata jika kerja itu hingga membuatkan kita lupa pada Allah pun ?haram….
Ramai dari kita seronok bila boleh membuat tuntutan elaun lebih tapi kekadang tak sedar ianya haram… tutut elaun kilometer patut 100km tambah 10km lagi… ingat nak kurangkan…
Banyak lagi yang kita tak sedar haram… antaranya keluar pejabat atas urusan sendiri… lebih dari waktu yang dibenarkan… aku melihat kita yang bergaji bulan… datang kerja punch pukul 8… pergi sarapan… pukul 10 baru masuk kerja… tung tang… tung tang… jam 12 balik rumah ambik anak dan sebagainye… jam 4 petang baru datang kerja semula… lepak minum kopi atau teh…. jam 5 petang punch balik… kekadang ada tu datang jam5 petang bawa anak semata2 nak punch balik… berapa jam je waktu yang benar2 buat kerjanye… dalam 2 jam je… gaji yang terima untuk kerja 9 jam…. lagi 7 jam tu dari mana… hari2 buat kerja macam tu… yang 7 jam tu haram… tapi kena ingat yang halal dan haram bila bercampur hukumnya jadi haram….
Sebabtu lah keberkatan rezeki itu tiada… kita nak beramal pun susah jadi berat… bayangkan kita bagi makan anak isteri dari sumber yang haram… sampai kiamat tak putus tali haram itu…
Wallahualam…
Post ini telah dibaca sebanyak 707

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*