Memohon redha Allah

*Tazkirah Pagi*

*Assalamualaikum wbt…*

3/3/2018 ( Sabtu)

*Memohon Redha ALLAH*

Hidup sbg seorang MUSLIM, disamping kita usaha menambah amal, kita perlu mohon pada Allah untuk keadaan akhirat kita…

Justeru itu, kita perlu mohon pada Allah agar dijauhkan dari Neraka, dan kita perlu mohon redha Allah agar kita dimasukkan ke dalam Syurga…

Kita juga perlu mohon agar mendapat kematian yang baik DAN kita mohon pada Allah agar kita tetap di dalam keimanan dan taqwa…

Apakah kita ada pohon setiap hari untuk kesemua ini?

*Ketahuilah bahawa beramal itu mudah tetapi menjaga akhlak, menjaga diri dari kemaksiatan, menjaga diri untuk istiqomah adalah sesuatu yang BERAT…*

*Kita tidak boleh putus asa memohon dari rahmat Allah dan tetap perlu berjuang melawan hawa nafsu supaya kita sentiasa di bawah lindungan ALLAH…*

Semoga bermanfaat…

Post ini telah dibaca sebanyak 200

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*