Istimewa Bulan Rejab

[3 REJAB 1439H]

[PERKONGSIAN DAN PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI] 😊

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:

🔮 Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
🔮 Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.

🔮 Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
🔮 Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
🔮 Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
🔮 Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”

Post ini telah dibaca sebanyak 74

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*