Jenis Jenis Hepatitis

JENIS JENIS HEPATITIS

PENGENALAN
Sakit hati disebabkan manusia adalah berbeza dengan sakit hati disebabkan oleh virus. Sakit hati disebabkan virus mengakibatkan keradangan dan kerosakan sel sel di hati menyebabkan kegagalan fungsi hati. Salah satu penyebab adalah virus hepatitis.

JENIS JENIS HEPATITIS
Hepatitis A adalah yang paling ringan disebabkan virus hepatitis A. Menyebaran melalui kotoran atau tinja pesakit. Gejala yang hadir adalah demam, mual, kurang selera makan, mata menjadi kuning dan urin menjadi kehitaman

Hepatitis B disebabkan oleh virus hepatitis B yang menyebabkan keradangan hati. Apabila berlanjutan menyebabkan cirrhosis atau hati jadi keras lebih teruk kanser hati. Cara penyebaran melalui darah seperti ibu kepada anak dalam perut, berkongsi jarum suntikan, transfusi darah dan hubungan seksual.

Hepatitis C disebabkan virus hepatitis C. Infeksi kronik menyebabkan parut pada hati dan pengerasan hati. Cara penularan sama dengan hepatitis B. Vaksin masih dalam kajian.

Hepatitis D disebabkan delta virus hepatitis D, ia adalah virus cacat yang asalnya dari virus hepatitis B. Cara penularan melalui seks, jarum dan pembuatan tatoo yang tidak hygiene. Tiada vaksin untuk virus hep D tetapi vaksin untuk hepatitis B dapat mencegah virus hep D

Hepatitis E disebabkan virus hepatitis E, berjangkit melalui makanan atau minuman yang terkontaminasi oleh virus ini. vaksin spesifik sudah ada tapi sukar didapati namun dapat dicegah dengan hygiene yang baik.

PENAWAR HEPATITIS.
Jika anda penghidap hepatitis A dan Infeksi ringan sahaja, hati anda akan pulih dalam masa dua bulan dengan sistem imun tubuh yang baik. Untuk hepatitis B juga sistem imun tubuh dapat melawan virus ini sekiranya mendapat vaksin tetapi anda boleh mengambil ubat anti viral untuk membantu penyembuhan.

Anti viral yang biasa digunakan
Adefovir
Entacavir
Interferon
Lamivudine

PENDIAGNOSAN HEPATITIS
-Sentuhan fizikal
-Sonogram
-CAT scan
-liver biopsy
-Ujian darah

UJIAN MAKMAL
Ujian saringan dimulakan dengan melihat paras enzim hati iaitu ALT dan AST.

UJIAN FUNGSI HATI
-Alanine aminotransferase ALT iaitu enzim utama dalam hati. Apabila hati rosak, enzim akan masuk dalam darah dan diukur dengan mesin makmal.
-Aspartate aminotransferase AST ialah salah satu enzim hati. Ia akan sedikit tinggi tetapi banyak penyebab lain seperti alcoholism dan dadah.
-Bilirubin akan meningkat kerana hati yang rosak tidak dapat membuang Bilirubin dari badan
-Albumin akan menurun kerana albumin adalah sejenis protein yg dihasilkan di hati. Apabila hati rosak, albumin tidak dapat dihasilkan
-Prothrombin time akan meningkat kerana ia dihasilkan di hati. Prothrombin berfungsi membekukan darah jika anda luka
-Ujian lain Gamma-glutamyl transpeptide, lactate dehydrogenase dan alpha feto protein semuanya untuk melihat fungsi hati.

UJIAN PANEL VIRUS HEPATITIS
Hep A antibody, hep B antibody, hep B antigen dan hep C antibody. Semua ujian ini untuk mengesan kehadiran virus hepatitis.

Share untuk semua.

Post ini telah dibaca sebanyak 40

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*