Jenis jenis filter akuarium

Jenis jenis filter

Baru habis belajar bab filter saya rasa nak kongsi di sini. Saya nubis baru dua bulan ada bunyi air akuarium dalam rumah.

4 jenis filter
-mekanikal filter
-chemical filter
-biological filter
-UV filter

Mechanical filter
Filter jenis ni adalah filter sponge biasa. Sponge hijau, kuning atau cotton filter. Fungsi utama tapis bahan halus seperti habuk, taik ikan dan debu dari batu hiasan. Tapi dalam masa sama sponge menyediakan perumah kepada bakteria baik atau biological filter yang memakan nitrate dan menghasilkan oksigen. Bakteria baik penting untuk kurangkan nitrate dan ammonia dalam tank. Tapi sponge bukan perumah bakteria yang baik. Cara basuh rendam dalam air akuarium pastu tekan dengan lembut.

Chemical filter.
Chemical filter adalah filter baru di pasaran. Contoh chemical filter adalah activated carbon yang biasa ada dalam hangon filter. Ada juga dalam bentuk sponge. Dia guna chemical untuk tapis ammonia/nitrate.

Biological filter
Contoh filter adalah bioring, bioball, k1, lava rock dan batu hiasan tu sendiri. Letak dalam topfilter atau sump tank. Paling malas letak dalam beg jaring rendam je dalam aquarium. Ini pemalas tahap dewa tapi ia tetap jalankan fungsi. Yang xikhlas bela ikan pulak dia amik bioball lepas tu tabur dalam akuarium buat macam batu hiasan. Pernah nampak ahli group ni buat. Terkejut aku. Haha. Bio filter ni dia menyediakan perumah untuk bakteria baik. Dengan permukaan yang lebih besar, bakteria bleh beranak pinak sampai anak cucu tanpa makan space banyak. Tapi batu hiasan yang warna warni tu pun sebenarnya jadi tempat untuk bakteria membiak juga termasuklah drift wood dan pasir. Pasir paling teruk la sebab permukaan kecil. Yg pakai pasir galak guna biomedia dalam top filter. Lagi baik biomedia dalam filter sebab air lalu kat situ jadi bakteria lepas oksigen dan makan nitrate kat situ dari letak bersepah dalam akua.

UV filter
Ini bagi yang professional dan bergelar sifu boleh guna UV filter. Dia bunuh algae yang buat air hijau. Kenapa ia untuk sifu sebab kalau korang main beli UV lepastu rendam dalam akuarium korang akan bunuh sekali bakteria baik serta merta jadi akua korang hilang biological filter dan nitrate melompat naik. Satu lagi UV filter efficient bila guna 11 watt ke atas untuk 2 feet ke atas. Dan lampu UV kena tukar setahun sekali. Cara betul letak dekat top filter tapi jangan cover semua. Bagi ruang untuk biological filter. Level amateur biasa dia on UV light 24 jam setiap minggu. Cukup dah. Tapi yang pakai canister yang build in UV light tak pasti. Banyak statement bercanggah termasuk di forum akuarium di negara lain tentang UV light. Ada cakap bagus ada cakap tak perlu. Bergantung pada pemahaman masing2. Bagi saya UV tak perlu.

Post ini telah dibaca sebanyak 15

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*