Saya peroleh sepucuk emel dari orang jauh. Sesudah baca emel tersebut,saya buka Al-Qur’an terjemahan kegemaran saya..

Subhnallah. Ini bukan kebetulan bukan? Emel tersebut berbunyi begini

“subhanallahh”. . waktu-waktu gempa di indonesia :

Di Tasik 15:04 ,

(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)

“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya”


Di Padang(gempa pertama) 17:16 ,

(Surah Al-Israa’,surah ke 17,ayat ke 16)

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali(negeri itu)”


Di Padang(gempa kedua) 17:58 ,

(Surah Al-Israa’,surah ke 17,ayat 58)

“Dan tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz”


Gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52

(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)

“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi keras siksaNya”

  • Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
  • Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  • Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
  • Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’sporting’ yang memahami.
  • Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
  • Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  • Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
  • Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
  • Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
  • Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  • Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
  • Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
  • Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
  • Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Ini sebenarnya erti lelaki dayus dan bukanya lelaki itu dianggap dayus apabila dia menampar seorang perempuan. Lelaki menampar seorang perempuan kerana ingin membentuk akhlak perempuan tersebut dan bukanya seorang dayus. Lelaki yang tidak pernah menampar seorang wanita kerana takut dianggap dayus sebenarnya seorang yang dayus!

Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari – diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari – aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari – Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari – Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun

. Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 19 hari – Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

blank