Lastly I’m Sweet 18
Important Day Of My Life November 6th, 2009
Hari ini aku ada cerita yang nak dikongsikan..
Pada 5 November 1991 iaitu kira-kira 18 tahun yang lalu, seorang bayi lelaki telah dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu pada 1.15 Pagi. Pertama kali bayi itu lahir, laungan azan didengarkan di telinganya dan bayi itu mengerti Islam adalah agama nya. Nama diberi kepada bayi itu Mohamad Zulkhairil Bin Che Kob.
Kebiasaanya bayi lahir apabila cukup 9 Bulan 10 hari di dalam perut ibunya tetapi bayi ini lain sedikit, dia tidak sabar lagi melihat dunia ini dan lahir apabila cukup 7 Bulan. Oleh kerana itu, dia agak sukar menyuaikan diri kerana keadaan tubuh yang amat lemah. Apabila dia lahir sahaja, dia dimasukkan ke dalam peti yang penuh dengan air seolah-olah dia masih berada di dalam perut ibunya. Adakah bayi ini akan berjaya untuk hidup?
Akhirnya oleh kerana semangat bayi ini sangat kuat dan nyawanya masih panjang, dia berjaya hidup sehingga ke hari ini. Dia terus membesar di samping keluarganya dan akhirnya menjejakkan kaki ke alam Universiti pada hari ini.
Dan hari ini dia menyambut hari lahirnya yang ke 18 Tahun..Akhirnya,,,
Baginya tiada apa yang istimewa pada hari lahirnya dan hari lahirnya hanya disambut seperti hari-hari biasa dan ini kali pertama dia menyambut hari jadinya di alam universiti. Dan hari jadi nya pada tahun ini disambut bersama kawan-kawan sebiliknya di Alamanda, Pizza Hut dan Golden Screen Cinema. Thanks Malik, Ghobi dan Gary.
Terima kasih kepada Allah kerana masih memberi dia nyawa sehingga ke hari ini…