Apa yang terjadi dalam masa seminit?
Info Umum February 17th, 2010

klik untuk besarkan. Apa yang berlaku dalam seminit?
Sudah tentu pelbagai yang berlaku di atas muka bumi ini dalam seminit. Kita semua sudah tentu tidak dapat menjangkakan apa yang terjadi. Bayangkan berapa orang yang mati atas dunia ni dalam seminit? berapa lahir yang dilahirkan dalam seminit? Semua di luar dugaan kita.
Sudah hakikat alam, setiap yang hidup pasti akan mati dan untuk mengimbangkan alam ini. setiap kematian akan digantikan dengan kelahiran baru. Bayangkan apa yang terjadi sekiranya tiada kematian, hanya kelahiran baru. Mana cukup tempat atas muka bumi ni kan?
Apa Itu 1Malaysia Sebenarnya?
Info Umum November 4th, 2009

Logo 1 Malaysia
Apa sebenarnya 1Malaysia? Tahukah anda semua apa itu 1Malaysia yang dicipta Perdana Menteri kita yang terbaru ini?
1Malaysia maksudnya adalah konsep sama rata untuk semua kaum iaitu cina, india dan melayu. Semuanya adil, sama rata dan tidak berat sebelah tidak kira apa kaum yang anda anuti.
1Malaysia adalah menyalahi perlembagaan negara pada mulanya kerana di dalam perlembagaan negara termaktub bahawa orang melayu iaitu bumiputra mempunyai hak keistimewaan di negara ini dan perlembagaan ini diterima oleh kaum lain. Terdapat 4 kandungan utama di dalam perlembagaan negara.
-Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
-Agama islam sebagai agama rasmi
-Kaum lain harus mengakui kedaulatan raja dan sultan di tanah melayu
-Hak keistimewaan orang melayu dikekalkan dan diberikan kepada orang melayu berbanding kaum lain
Dan oleh kerana 1Malaysia ini telah melanggar Perlembagaan Negara Malaysia dan hak keistimewaan orang melayu sebagai bumiputra hilang, Tan Sri Mahathir Mohamad iaitu perdana menteri kita yang keempat telah mengambil tindakan bijak dengan mengubah suai sedikit konsep 1 Malaysia.
Pada mulanya konsep 1Malaysia diberi sama rata kepada semua kaum, maksudnya sekiranya ada projek kerajaan yang mesti diberikan kepada kontraktor di Malaysia. semua projek/tender tersebut akan diberi sama rata kepada kontraktor tanpa memberi keutamaan kepada kontraktor berbangsa melayu. Sekiranya kontraktor melayu mendapat 30% dari projek, kontraktor bangsa lain seperti cina dan india juga akan mendapat 30%. Ini berbeza dengan keadaan sebelum ini di mana orang melayu akan mendapat lebih keutamaan kerana telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara bahawa Orang melayu berhak mendapat hak keistimewaanya.
Sama juga dengan isu melanjutkan pelajaran ke IPTA di negara ini, sekiranya dulu orang melayu akan diberikan keutamaan untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dan IPTA tempatan dan bangsa lain akan melanjutkan pelajaran ke STPM walaupun result mereka bagus. Tetapi kini dengan konsep satu malaysia semuanya sama saja tanpa mengira kaum.
Tan Sri Mahathir Mohamad telah mengubah dasar 1 Malaysia ini dengan membuang peratus sama rata. Ini kerana tidak adil sekiranya dibahagikan ikut peratus kerana orang melayu lebih ramai dari bangsa lain. Contoh diperuntukkan Rm2 billion untuk 17 juta orang melayu, rm2 billion untuk 8 juta orang india dan rm2 billion untuk 5 juta orang india. Anda nampak, ia sangat tidak adilkan? tetapi itulah dasar 1 Malaysia pada mulanya tetapi Tan Sri Mahathir Mohamad telah mengubah dengan menjadikan rm6 billion untuk 30 juta rakyat malaysia iaitu cina, india dan melayu. Ia tetapi dipanggil dasar sama rata dan ia lebih adil. Harap anda faham penjelasan saya.
Sekian sahaja untuk kali ini, saya pun bukan tahu sangat pasal politik ini cuma tahu untuk pengetahuan am.