Masa aku mengodek laptop aku ni, terjumpa la beberapa keping gambar first date aku dengan dia. Tak tahu nak buat apa jadi aku post kat sini. Mesti korang tertanya-tanya macam mana aku boleh jumpa dengan dia.

Al-kisahnya begini..

Aku kenal dengan dia di sebuah forum di internet. Jadi aku minta ID Yahoo Messenger dia untuk berkenalan, dia pun dengan muka tak malu bagi. Hehe.. Lepas tu tiap-tiap hari chat memandangkan minat aku dan minat dia sama iaitu menjalankan perniagaan internet secara online, jadi lebih senang aku untuk mengayat dia.

Setelah hampir sebulan berchatting dan berwebcam, pertemuan diatur pertama kali. Aku jemput dia di KB Mall dan bawa dia ke Hayaki Kopitiam sebab ada wi-fi. Tujuan perjumpaan tu sebab aku nak repair laptop dia di samping nak ajar dia perniagaan internet secara live a.k.a personal coaching. Tapi tak jadi personal coaching pun tapi jadi personal dating, haha. Aku jumpa dari 2 tengahari sampailah 5.30 petang macam tu

Selepas tu, hubungan makin rapat dan mesra sampailah sekarang. Kat bawah ini ada beberapa gambar aku dan dia semasa pertama kali berjumpa. Lawa jugak dia masa first time aku jumpa dia. Berdebar jantung aku tu tak payah cakapla.

Gambar diambil menggunakan laptop acer 4730z

10231_1101338907343_1642822707_317289_3029312_n

10231_1101338947344_1642822707_317290_8291750_n

10231_1101338987345_1642822707_317291_2587136_n

Begitulah al-kisah perkenalan aku dengan dia. Kalau nak kenal dengan lebih lanjut tentang dia lawat farahwahida.com

Diharap hubungan aku dengan dia berkekalan la

Raya ketiga kalau tak silap aku, aku ke rumah dia dengan motor.. Fuh sakit belakang bawak motor sejam tak henti dari Kota Bharu ke Tanah Merah.

Aku bertolak dalam pukul 1 macam tu dan sampai pukul 2 tengahari, makan kejap di rumah dia dan berlaku sedikit krisis, hehe.. Lepas tu aku ke stesyen minyak milik abangnya untuk mendapatkan minuman free. Memang pergi sebab nak minum free tapi dia tak offer pun, haha.. Akhirnya dengan helah dapat jugaklah air livita dan sekotak air milo.

Aku pun terus bertolak balik dengan lajunya dan sampai dalam 40 minit sahaja. Sampai sahaja di rumah dia call aku cakap nak datang rumah aku pulak. Issh, macam-macam budak ni, kita dah pergi rumah dia, dia nak datang rumah kita pula. Aku cakap datanglah jumpa bakal mertua :)

Dalam pukul 5 petang rasanya dia sampai, masa tu hujan. Dia lepas keluar kereta boleh duduk tengah hujan. Dalam hati aku ni tengah marah sebab dia main hujan nanti demam (sayang juga aku dekat dia). Aku pun tarik tangan dia ke tempat teduh. Dia main hujan semata-mata nak panggil kawan dia yang dalam kereta. Kawan dia tak pe la duduk dalam kereta tak kena hujan.

Masuk je rumah aku, aku hidang la kuih raya dengan tape skit. Tape tu sejenis makanan yang diperbuat daripada pulut yang diperam selama satu malam dalam daun pisang. Aku pun sebenarnya tak tahu nak hidang apa sebab raya ketiga kuih raya rumah aku semua dah licin dihabiskan oleh saudara-saudara aku yang datang satu lori.

Lepas tu umi aku buatkan air dan aku cepat-cepat dapatkan kamera sebab nak amik gambar dia yang sedang tuang air (nak tengok sopan ke tak). Selain tu niat dia datang rumah aku sebab nak copy software photoshop cs2, katanya nak buat cover jualan. Aku pun bawa dia ke bilik belakang. Jeng..Jeng..Jeng..Siaplah copy photoshop tersebut.

Masa nak balik, dia salam dengan umi aku, haha.. niat nak amik hati mak mertua kot. Pastu depan mak ayah aku dia salam tangan aku. Fuh, berani betul cik adik sayang ni. Mak ayah aku sporting je lagipun dorang tahu yang aku sayangkan dia ni. Ni ada sedikit gambar sepanjang hari tersebut

Image Hosted by ImageShack.us

Gambar aku dan dia, romantik tak?

Image Hosted by ImageShack.us

Gambar kawan-kawan dia. Kanan sekali Nora(cun dan pendiam), sebelah dia aku tak tahu tapi yang aku tahu laki dan perempuan sebelah dia tu sepasang hehe..

Image Hosted by ImageShack.us

Gambar dia tengah tuang air, sopan tak bakal isteri aku ni? hehe..

Image Hosted by ImageShack.us
Gambar dia yang sedang senyum dan control ayu sampai menuang air bandung ;)

blank