Jom Lari..Lari Untuk Markah MTAF
My Life, Student Life December 13th, 2009
Jom lari sejauh 2Km lebih untuk markah MTAF iaitu 10%
Aku lari hari rabu
bermula dekat coit (college of information technology) kemudian ke DSS (dewan seri sarjana) kemudian ke Kelompok Amanah dan balik semula ke coit
Fuh, penat tak terkira sampai kejang kaki aku, tu la masa warm up, buat main2 haha

Penat sangat2 lari

kepenatan

Akmal yang penat
Exam Berakhir Dan Kerja Bermula…
Internet Marketing, My Life October 18th, 2009
Hari ini aku dah sampai rumah setelah penat naik train dari pukul 9 malam hingga 10 pagi, fuh 13 jam!
Exam pun dah habis, Alhamdulilah aku dah jawab dengan baik walaupun untuk subjek college algebra tu susah sikit. Harap je study sampai 4 pagi untuk algebra tapi masih belum dapat dengan lancar.
Exam habis tak bermakna kegembiraan aku bermula, result belum keluar..hehe
Bermula cuti ni, aku nak fokus kepada internet marketing sepenuhnya. Internet marketing adalah nyawaku..hehe
Aku nak target rm4k dalam 2 minggu ini dengan pelancaran ebook aku, InsyaAllah kalau Allah murahkan rezeki aku, capai target aku..
Teringat Pertama Kali Berjumpe Dia..
My Girl, My Life October 2nd, 2009
Masa aku mengodek laptop aku ni, terjumpa la beberapa keping gambar first date aku dengan dia. Tak tahu nak buat apa jadi aku post kat sini. Mesti korang tertanya-tanya macam mana aku boleh jumpa dengan dia.
Al-kisahnya begini..
Aku kenal dengan dia di sebuah forum di internet. Jadi aku minta ID Yahoo Messenger dia untuk berkenalan, dia pun dengan muka tak malu bagi. Hehe.. Lepas tu tiap-tiap hari chat memandangkan minat aku dan minat dia sama iaitu menjalankan perniagaan internet secara online, jadi lebih senang aku untuk mengayat dia.
Setelah hampir sebulan berchatting dan berwebcam, pertemuan diatur pertama kali. Aku jemput dia di KB Mall dan bawa dia ke Hayaki Kopitiam sebab ada wi-fi. Tujuan perjumpaan tu sebab aku nak repair laptop dia di samping nak ajar dia perniagaan internet secara live a.k.a personal coaching. Tapi tak jadi personal coaching pun tapi jadi personal dating, haha. Aku jumpa dari 2 tengahari sampailah 5.30 petang macam tu
Selepas tu, hubungan makin rapat dan mesra sampailah sekarang. Kat bawah ini ada beberapa gambar aku dan dia semasa pertama kali berjumpa. Lawa jugak dia masa first time aku jumpa dia. Berdebar jantung aku tu tak payah cakapla.




Begitulah al-kisah perkenalan aku dengan dia. Kalau nak kenal dengan lebih lanjut tentang dia lawat farahwahida.com
Diharap hubungan aku dengan dia berkekalan la
Raya Ketiga – Sehari Beraya Dengan Dia..
My Girl, My Life October 1st, 2009
Raya ketiga kalau tak silap aku, aku ke rumah dia dengan motor.. Fuh sakit belakang bawak motor sejam tak henti dari Kota Bharu ke Tanah Merah.
Aku bertolak dalam pukul 1 macam tu dan sampai pukul 2 tengahari, makan kejap di rumah dia dan berlaku sedikit krisis, hehe.. Lepas tu aku ke stesyen minyak milik abangnya untuk mendapatkan minuman free. Memang pergi sebab nak minum free tapi dia tak offer pun, haha.. Akhirnya dengan helah dapat jugaklah air livita dan sekotak air milo.
Aku pun terus bertolak balik dengan lajunya dan sampai dalam 40 minit sahaja. Sampai sahaja di rumah dia call aku cakap nak datang rumah aku pulak. Issh, macam-macam budak ni, kita dah pergi rumah dia, dia nak datang rumah kita pula. Aku cakap datanglah jumpa bakal mertua
Dalam pukul 5 petang rasanya dia sampai, masa tu hujan. Dia lepas keluar kereta boleh duduk tengah hujan. Dalam hati aku ni tengah marah sebab dia main hujan nanti demam (sayang juga aku dekat dia). Aku pun tarik tangan dia ke tempat teduh. Dia main hujan semata-mata nak panggil kawan dia yang dalam kereta. Kawan dia tak pe la duduk dalam kereta tak kena hujan.
Masuk je rumah aku, aku hidang la kuih raya dengan tape skit. Tape tu sejenis makanan yang diperbuat daripada pulut yang diperam selama satu malam dalam daun pisang. Aku pun sebenarnya tak tahu nak hidang apa sebab raya ketiga kuih raya rumah aku semua dah licin dihabiskan oleh saudara-saudara aku yang datang satu lori.
Lepas tu umi aku buatkan air dan aku cepat-cepat dapatkan kamera sebab nak amik gambar dia yang sedang tuang air (nak tengok sopan ke tak). Selain tu niat dia datang rumah aku sebab nak copy software photoshop cs2, katanya nak buat cover jualan. Aku pun bawa dia ke bilik belakang. Jeng..Jeng..Jeng..Siaplah copy photoshop tersebut.
Masa nak balik, dia salam dengan umi aku, haha.. niat nak amik hati mak mertua kot. Pastu depan mak ayah aku dia salam tangan aku. Fuh, berani betul cik adik sayang ni. Mak ayah aku sporting je lagipun dorang tahu yang aku sayangkan dia ni. Ni ada sedikit gambar sepanjang hari tersebut

Gambar aku dan dia, romantik tak?

Gambar kawan-kawan dia. Kanan sekali Nora(cun dan pendiam), sebelah dia aku tak tahu tapi yang aku tahu laki dan perempuan sebelah dia tu sepasang hehe..

Gambar dia tengah tuang air, sopan tak bakal isteri aku ni? hehe..

Gambar dia yang sedang senyum dan control ayu sampai menuang air bandung
Riang Ria Raya 2009
My Life October 1st, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri, yang puasa penuh je boleh raya..hehe
Aku nak kongsi gambar raya dengan family aku hari tu. Cuti raya hari tu pun cuma 2 minggu






Sejenak memori bersama keluarga ketika Hari Raya Aidilfitri 2009