Aku belum cerita lagi pasal kehidupan aku di UNITEN, hari ini aku nak cerita sikit walaupun aku dah menetap serumah, sebilik dan sekatil dengan dorang dah lama dah. Aku stay dekat apartment di kelompok Amanah, kat bawah ni gambar apartment di Kelompok Amanah

06072009340

Ni gambar apartment Amanah, kecil dan pendek, hehe..

06072009338

Ni pula dapur dan sink, yang nampak pintu bilik tu bilik Malik dan Putera Nasri

06072009339

Ini pula ruang tamu yang sentiasa bersepah, tak guna pun ruang tamu sebab semua dalam bilik je

SIAPA PULA PENGHUNI SARANG TIKUS RUMAH  INI?

Penghuni rumah A4-00-07 ini ialah Malik, Adam, Nasri Dan Khairilz(aku). Nak tengok muka2 hantu dorang ni? Okey!

30082009458

Ini Namanya ABG MALIK AKA Eaturmusicx

28082009456

Ini nama dia nasri atau budak gila bola, :)

28082009457

Sebelah Kanan tu Adam Dan Malik

Sekian sahaja post untuk kali ini, aku penat nak tido..malam nanti nak bangun study pulak. Minggu depan hari isnin aku final exam, damn!

Hari ini hari study,

Malam ni aku study college algebra dan trigonometry je dari pukul 8 malam sampai 12 malam. Fuh rajin aku study ye..

Study 2 jam je, selebihnya berbual kosong dengan Malik, Gary dan Ghobi.. 3 kanak-kanak rebina ni budak computer science, berbeza dengan aku yang amik information system. Mereka bertiga study calculus, aku pula math.

Ni beberapa gambar yang aku ambil ketika study.

02102009

Ni Gary yang sentiasa senyum dan ketawa tak kira masa

02102009001

Gobhi dan Gary yang sentiasa gelak macam hantu :D

02102009002

Ni Pulak ABG MALIK!!! haha..24 jam dengan awek dia

Selamat Berpuasa

My Weekend Life August 22nd, 2009

hari ini 22 Ogos 2009, semua umat islam akan mula berpuasa selama sebulan..

Aku bangun sahur dengan adam je ari ni, aku kejutkan malik dengan nasri tapi tak bangun-bangun pun, tido mampus kot..hehe

Lepas je sahur terus sambung tido, ngantuk sangat sebab aku tido 3.30 pagi malam tu. Bangun je pagi ni tak tahu nak buat ape.

Inilah kali pertama aku puasa di perantau,hoho.. Tahun ni kena puasa penuh sebagaimana tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah

Hari ini hari sabtu, aku tak tahu nak buat ape..bangun je terus main half-life dengan kawan-kawan.

Sekarang ni aku nak zzZZZ

Hujung minggu kali ini ialah minggu yang paling booring buat aku sebab semua roomate aku balik kampung mereka. Macam dalam penjara je duduk sorang-sorang dalam apartment ini.

Tiap2 hari makan, minum, tidur, main games. Laptop aku ni pun perlu downgrade dari Vista ke XP, Vista tak stabil dan asyik hang je. Grafik pun tinggi. Aku pakai laptop DELL Vostro 1200, laptop ni memang bundle sekali dengan Vista dan tidak support XP sebab dalam CD XP tak ada driver untuk SATA. Jadi aku terpaksa bertanya kepada pak cik Google dan penyelesaianya.

-Copy semua files dari CD Window XP ke dalam hard disk

-Download Driver SATA untuk Dell Vostro 1200

-Download nlite untuk integrate driver SATA ke Files Window XP

-Lepas integrate driver, burn balik semua files Windows XP ke CD yang baru.

First aku buat tak menjadi sebab download driver SATA incomplete jadi sekarang kena pergi cari CD kosong lagi untuk burn balik semua files..

Isnin ni dah start class Computer literacy, minggu lepas 2 subjek tak ada kelas iaitu computer literacy dan agama islam. Pemalas betul lecturer ni. Dah ler bayar mahal..

blank