Life Must Go On..
Yayasan Tenaga Nasional July 14th, 2009
Hari ini keluar result tentang Pinjaman daripada Tenaga Nasional Berhad untuk pelajar yang belajar di Universiti Tenaga Nasional tapi yang dapat loan semuanya anak kakitangan TNB, what the hell?!!
Kawan aku yang dapat 2A je SPM tapi parent dia TNB dapat loan dari Yayasan TNB tapi kawan aku seorang lagi yang dapat 7A tak dapat pun pinjaman TNB sebab parent bukan kakitangan TNB, jadi adakah anda rasa ia sesuatu yang adil? Kenapa perlu berat sebelah sedangkan ianya hanyalah pinjaman dan bukan scholarship. Sebab yayasan TNB jadi keutamaan diberikan kepada anak kakitangan TNB, kalau macam tu baik tak payah buka kepada public pinjaman tu kalau nak bagi kepada anak kakitangan TNB je..
Ada yang dapat walaupun bukan anak kakitangan TNB tapi memang sikit sangat2, dan yang dapat pun semua yang straight A dan excellent GPA. What the heck? ! Kalau anak kakitangan TNB dan dapat result teruk pun senang je nak dapat scholarship atau pinjaman dari yayasan TNB, apa faedahnya? Baik bagi kepada pelajar yang dapat markah cemerlang. Itu lebih dan menjamin masa depan pelajar tu dan sudah tentunya pelajar tersebut mendapat pekerjaan untuk membayar balik pinjaman yang diberi berbanding anak kakitangan TNB yang mendapat GPA rendah tapi dapat pinjaman/Scholarship.
Pasal Yayasan TNB ni tinggalkan dulu sebab nak cakap pun tak ada guna, mereka lebih priority kepada anak kakitangan TNB. Terpaksa Apply PTPTN ni dan kalau tak dapat terpaksa tanggung sendiri la yuran pengajian dalam rm9,000 setahun.
Hari ini memang agak memenatkan, kelas computer literacy bincang pasal komputer pada 50 tahun akan datang, kumpulan aku tak terlepas untuk bentangkan presentation kami. Kami cerita mengenai Rumah Pintar di mana ia menggunakan teknologi terbaru dan semuanya auto-pilot. Selain itu, untuk masuk ke Rumah Pintar tu, perlu scan DNA dulu baru pintu akan terbuka dengan automatik. Haha, pelik kan imaginasi kami untuk 50 tahun akan datang.
Kelas mathematic pula belajar mengenai equations, semua basic form 5 je. Menyesal tak study betul-betul mathematic dulu masa form 4 dan form 5. Kepada semua pelajar sekolah menengah, tolong study betul-betul math sebab anda semua akan gunakan kembali bila masuk Universiti.
Setakat ini je la..dah mengantuk, pukul 12 tgh malam dah..
p/s: aku repair laptop room mate aku dan semua driver untuk XP aku sediakan di post di bawah untuk dikongsi bersama.