by khairilz on December 10, 2011
Setiap hujung semester, aku diwajibkan praktikal selama seminggu di mana-mana klinik. Jadi semester 2 ni aku kena belajar mengenai analyser-analyser yang ada di makmal untuk melengkapkan lagi ilmu aku~~ (poyo sikit)
Aku kena buat report tentang 5 analyser. Kat bawah ni aku letak 5 analyser yang aku guna sepanjang praktikal.
Hemoglobin Analyser
1. Alat kat atas ini nama haemoglobin analyser jenama haemo-sure yang digunakan untuk lihat nilai Hb patient. Ujian dilakukan dengan ambil darah dari jari guna lancet, letak larutan drabkin dan baca dengan alat kat ni. Macam spektrofotometer dah aku tengok. Biasanya patient perempuan mengandung yang perlu diperiksa Hb sebulan sekali.
Clinitek Status (Urin Analyser)
2. Analyzer kat atas ni pula ialah urin analyser yang memang wajib ada. Analyser ini digunakan untuk melihat kandungan dalam urine pesakit untuk mengetahui penyakit patient. Antara ujian dijalankan menggunakan mesin ini ialah Urine FEME , Urin Microalbumin, HCG (pregnancy test) . Digunakan bersama ialah clinistix atau strip yang perlu dicelup dalam urin dan dimasukkan dalam analyser ini yang mana keputusanya akan diprint.
Bilirubin Meter
3. Alat atas ni pula nama dia Bilirubin Meter yang digunakan untuk baca bacaan bilirubin baby untuk lihat paras penyakit jaundice atau dipanggil kuning. haha! Mesin ni memang khas untuk baby. Darah dari ibu jari kaki bayi akan diambil dan dibaca menggunakan mesin ini setelah siap diempar selama 3 minit, kelajuan 30,000 rpm. Aku paling suka buat test ni sebab baby yang memang kiut miut dan umur baby dari 3 hari hinggalah sebulan lebih kurang.
Optium Xceed
4. Alat ini pula untuk baca kandungan glucose dalam darah patient terutamanya yang kencing manis hehe. Darah dari jari patient yang akan “ditebuk” guna lancet dan dititiskan ke strip khas untuk alat ini (dalam gambar sebelah kanan). Ujian yang dijalankan Blood Sugar Profile, Random Blood Sugar, Fasting Blood Sugar. Aku try dekat darah aku dapat bacaan 4.3, normal 4.4.
Auto Hematology Analyser
5. Alat last ni yang harganya mencecah harga sebuah rumah ni untuk buat Full Blood Count dimana darah dari berantibekuan EDTA atau fresh blood dari tube akan disedup oleh mesin ini dan pembilangan Sel darah merah, sel darah putih, platelet dan macam lagi kandungan darah akan dibaca dan result diprint.
Post ini telah dibaca sebanyak 417
by khairilz on December 3, 2011
“Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
The Creature From Jekyll Island
[click to continue…]
Post ini telah dibaca sebanyak 606
by khairilz on December 3, 2011
20 CIRI PEREMPUAN MURAHAN
1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril
2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab ‘ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew’
3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..
4. Kau rasa comel bila kau type message ‘ewww..jum lepak..busyan lorh…umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T’ macam bodo kau tahu tak
5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!
6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook ‘nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh’ Perosak bahasa.
7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett
8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..
9. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh ‘I am Lesbian’
[click to continue…]
Post ini telah dibaca sebanyak 630
by khairilz on November 18, 2011
Adakah Rumah anda mempunyai salah satu tanda-tanda di bawah??
1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah
2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada waktu malam
3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku
4- keadaan rumah suram dan menyeramkan
5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya
Tips Memagar Rumah
A.Bacaan
1. Baca Surah Yasin
2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x
3. Surah Yasin ayat 9 = 21x
4. Surah al-a’raf ayat 17 = 21x
B. Bahan
1. Garam
2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji
3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam)
C. Kaedah
Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)
Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan minyak kasturi tadi
Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan.
Buka pintu , tingkap dan almari
Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah
Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai
Post ini telah dibaca sebanyak 928
by khairilz on November 17, 2011
1. Jangan Tidur Dengan Memakai Jam
Jam dapat memancarkan radioaktif. Walaupun kecil, tetapi jika anda memakai dalam jangka masa yang lama termasuk waktu tidur pun korang pakai, lama-kelamaan ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda.
2. Jangan Tidur Dengan Memakai Bra ( Coli )
Menurut kajian saintis America, mereka mendapati jika memakai bra/coli terlalu lama, peratusan untuk mendapat penyakit barah payu dara adalah tinggi. Jadi tanggal2 la kan ye..
[click to continue…]
Post ini telah dibaca sebanyak 757